LAWATAN PENANDA ARAS BERKAITAN PENGURUSAN REKOD RAHSIA RASMI DARI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
Tarikh: 4 Mei 2026 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar
Jabatan Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima lawatan penanda aras daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi perkongsian pengurusan rekod rahsia rasmi di USIM
Melalui sesi ini, pelbagai inisiatif transformasi dan amalan terbaik dikongsikan ke arah memperkukuh pengurusan rekod rahsia rasmi yang lebih efisien, berintegriti dan selari dengan keperluan semasa.
Delegasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka dianggotai oleh Encik Azly Hisham Haron dan Encik Zainuddin Abdul Hamid.