Soalan Lazim2024-04-02T11:51:54+08:00

Soalan Lazim

Adakah bahan rujukan disediakan oleh Seksyen Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia?2018-10-11T14:12:56+08:00

Tidak.

Adakah klinik panel USIM boleh mengenakan caj rawatan melebihi RM60.00 bagi setiap rawatan?2018-10-11T14:22:49+08:00

Tidak boleh.

Sekiranya peraturan ini gagal dipatuhi maka :

  1. USIM tidak akan membayar lebihan caj yang dikenakan; dan
  2. Klinik Panel akan bertanggungjawab terhadap lebihan kadar rawatan tersebut dan hendaklah menuntut lebihan caj daripada staf itu sendiri.

Klinik Panel USIM hanya boleh mengenakan caj rawatan melebihi RM60.00 bagi setiap rawatan sekiranya penyakit / rawatan yang diberikan oleh klinik panel merupakan penyakit kronik, seperti mana yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Rawatan Skim Kemudahan Perubatan Staf di Klinik Panel USIM.

Adakah maklumat staf bertaraf kontrak ada di dalam pangkalan data sistem HRMIS?2018-10-11T13:35:52+08:00

Tidak ada. Hanya maklumat staf bertaraf tetap sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam HRMIS kerana maklumat tersebut diperlukan bagi urusan pencen.

Adakah pelantikan sebagai panel MQA boleh diambil kira sebagai Perundingan?2018-10-11T13:45:04+08:00

Tidak dan ianya akan diambil kira sebagai khidmat masyarakat dalam bidang kepakaran.

Adakah penerbitan semasa lantikan tutor diambil kira untuk kenaikan pangkat Akademik?2018-10-11T13:43:33+08:00

Tidak. Kumulatif penerbitan yang diambil kira adalah sejak dalam pelantikan sebagai Pensyarah sahaja.

Adakah pengunaan Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal boleh ditukar guna pakai oleh sesama ahli keluarga yang telah mengunakannya?2018-10-11T14:20:54+08:00

Tidak boleh. Peruntukan hanya untuk pegawai dan ahli keluarga hanya sekali setahun bagi setiap orang.

Adakah perisytiharan harta dibuat secara manual atau secara dalam talian?2024-01-18T06:29:05+08:00

Berkuat kuasa 19 Disember 2022, permohonan perisytiharan harta adalah secara atas talian

Adakah perisytiharan harta ini wajib dilakukan?2024-01-18T06:37:31+08:00

Ya, semua staf USIM (tetap/kontrak) adalah diwajibkan untuk membuat perisytiharan harta kepada USIM. Maklumat harta staf akan dirujuk/digunakan di dalam sistem HRMIS bagi staf lantikan tetap

Adakah PSH layak dibayar Elaun Imbuhan Tetap dan Bantuan Sara Hidup?2018-10-11T13:39:10+08:00

PSH tidak layak dibayar Elaun Imbuhan Tetap dan Bantuan Sara Hidup.

Adakah PSH layak mendapat kemudahan Cuti Rehat?2018-10-11T13:39:40+08:00

PSH tidak diperuntukkan kemudahan Cuti Rehat dan tidak layak dibayar upah pada hari PSH tidak hadir bertugas.

Adakah PSH layak menuntut elaun menjalankan tugas rasmi di dalam negeri?2018-10-11T13:38:37+08:00

PSH hanya layak menuntut elaun menjalankan tugas rasmi di dalam negeri seperti berikut:

i)        Elaun perjalanan kenderaan;
ii)       Bayaran sewa hotel/elaun lojing;
iii)      Elaun harian; dan
iv)      Elaun makan.

PSH tidak layak menuntut elaun menjalankan tugas di dalam negeri selain daripada apa yang dinyatakan di atas.

Adakah PSL di USIM mempunyai kuota khas untuk mengisi kekosongan jawatan yang lebih tinggi?2018-10-11T14:16:58+08:00

Tiada.  Pihak Universiti tidak ada meletakkan kuota tertentu untuk penempatan bagi jawatan naik pangkat secara lantikan melainkan wujudnya kekosongan bagi jawatan tersebut. Maka Pegawai boleh memohon dan dipertimbangkan untuk panggilan temuduga.

Adakah saya boleh membuat tuntutan bagi pembekalan ubat/alat perubatan/rawatan yang dipreskripsi oleh pegawai perubatan Kerajaan namun tidak dibekalkan secara percuma oleh hospital Kerajaan/Pengajar? Bagaimanakah caranya?2018-10-11T14:24:11+08:00
Boleh.

Sila kemukakan dokumen berikut :

  1. Surat permohonan
  2. Borang Perubatan JPA 1/09 (Bahagian IV perlu dilengkapkan oleh pegawai perubatan Kerajaan)
  3. Sebutharga ATAU resit ASAL (jika telah membuat pembayaran)

secara hantaran tangan atau pos kepada:

Bahagian Governan dan Pentadbiran Am,
Jabatan Pendaftar,
Aras 2, Bangunan Canselori,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Adakah saya perlu membuat perisytiharan harta sekiranya saya tidak mempunyai harta atau tambahan harta?2024-01-18T06:36:34+08:00

Ya, staf yang tidak mempunyai harta atau tambahan harta, perlu mengisi Pengakuan Tiada Perubahan Ke Atas Pemilikan Harta. (Ini adalah bagi kes selepas Perkara 6 selesai)

Adakah saya perlu menghantar surat akuan tarikh bersalin yang asal kepada Seksyen Perkhidmatan?2018-10-11T13:49:38+08:00

Ya, bagi tujuan rekod dan kesahihan maklumat.

Adakah setiap isu/permasalahan yang saya kongsikan dalam sesi kaunseling akan direkodkan dalam buku perkhidmatan?2018-10-11T14:20:22+08:00

Segala perbincangan di dalam sesi kaunseling tidak akan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan tetapi hanya akan direkod di dalam rekod kaunseling hanyalah untuk kegunaan dan rujukan kaunselor berkenaan sahaja.

Adakah staf kontrak bukan warganegara layak mendapat Cuti Isteri Bersalin (Cuti Tanpa Rekod)?2018-10-11T13:49:10+08:00

Staf kontrak bukan warnanegara layak mendapat kemudahan Cuti Isteri Bersalin (Cuti Tanpa rekod) berdasarkan Garis Panduan Permohonan Cuti Gantian

Adakah staf kontrak bukan warganegara layak mendapat kemudahan cuti bersalin?2018-10-11T13:48:43+08:00

Staf kontrak bukan warganegara layak mendapat kemudahan cuti bersalin berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017 – Kemudahan Cuti Bersalin kepada Pegawai Kontrak bukan Warganegara yang Dilantik Secara Kontrak (Contract of Service).Tempoh cuti bersalin yang layak dimohon oleh staf kontrak bukan warganegara adalah maksimum 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Adakah syarat kenaikan pangkat dari Pensyarah Kanan Gred DS51/52 ke Profesor Madya Gred DS54 merupakan pengiraan kumulatif?2018-10-11T13:42:17+08:00

Ya

Adakah terdapat manual pengisian permohonan perisytiharan harta untuk saya rujuk semasa mengisi?2024-01-18T06:39:20+08:00

Contoh pengisian borang perisytiharan harta boleh dimuat turun menerusi eDocs > Dokumen Jabatan > Jabatan Pendaftar > Borang > Perisytiharan Harta > Manual Perisytiharan Harta

Adakah tuntutan gaji untuk jawatan sambilan diuruskan oleh Seksyen perjawatan, Bahagian Sumber Manusia?2024-01-18T07:02:27+08:00

Tidak, ia diuruskan oleh Unit Gaji Jabatan Bendahari.

Apakah bentuk soalan Peperiksaan Khas PSL yang disediakan di USIM?2018-10-11T14:15:37+08:00

Terdapat 2 bahagian iaitu:

Subjek Utama

  1. Bahagian I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan Dan Tatacara Pengurusan Stor
  2. Bahagian II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
  3. Bahagian III – Undang-undang Umum**

** Senarai topik/bahan rujukan Undang-undang adalah berbeza mengikut jawatan.

Subjek Jabatan

  • Mengikut kompetensi yang diperlukan untuk jawatan PSL dan lebih kepada teori dan skop kerja bagi jawatan tertentu.
Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk menghadiri temu duga?2018-10-11T11:34:04+08:00
 Calon perlu hadir awal ke tempat temu duga dengan membawa dokumen asal iaitu kad pengenalan, sijil-sijil kelayakan akademik, slip gaji terkini, sesalinan Buku Rekod Perkhidmatan (jika berkaitan), surat pengesahan berkhidmat, resume, serta lain-lain dokumen yang bersesuaian untuk menyokong permohonan jawatan tersebut. Calon juga perlu membawa bersama sesalinan dokumen tersebut yang telah disahkan untuk pihak urus setia.
Apakah implikasi jika staf tidak mengemaskini SKT di dalam sistem eSEKATA?2018-10-11T13:46:28+08:00

Kegagalan staf mengemaskini SKT dalam sistem e-Sekata akan memberi kesan kepada pengisian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) staf.

Apakah implikasi sekiranya laporan prestasi pengajian tidak diterima oleh USIM?2018-10-11T14:02:14+08:00

Pembayaran elaun yang dibayar oleh USIM akan ditahan dengan serta merta sehingga laporan prestasi yang terkini diterima. Boleh menjejaskan pertimbangan perlanjutan tempoh pengajian, pengesahan dalam perkhidmatan, kenaikan pangkat dan kenaikan gaji tahunan, sekiranya laporan tersebut tidak dihantar mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan.

Apakah implikasi sekiranya staf tidak menyelesaikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan?2018-10-11T13:46:02+08:00

Sekiranya staf tidak menyelesaikan LNPT pada tahun penilaian, akan memberi implikasi kepada kenaikan gaji tahunan (KGT), penyambungan kontrak, kenaikan pangkat dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Apakah jenis pas yang dikeluarkan kepada Tanggungan?2018-10-11T11:40:21+08:00

i)       Pas Tanggungan

a)       Isteri/Suami kepada pegawai dagang
b)       Anak pegawai dagang di bawah umur 21 tahun
c)       Anak angkat yang sah
d)       Anak cacat

ii)     Pas Lawatan Sosial

a)       Ibu/Bapa pegawai dagang
b)       Common Law wife (yang disahkan oleh kedutaan)
c)       Anak berumur lebih 21 tahun
d)       Anak tiri

iii)   Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang)

a)       Suami/Isteri kepada pegawai dagang (Pemegang pas lawatan kerja sementara)
b)       Anak yang berumur lebih daripada 21 tahun
c)       Semua permohonan perlu mengemukakan bukti pertalian yang disahkan oleh kedutaan/mahkamah

Apakah kelayakan pinjaman perumahan saya?2018-10-11T13:51:52+08:00

Kelayakan pinjaman perumahan boleh dilihat di dalam jadual borang pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia seperti di bawah iaitu kelayakannya adalah berdasarkan gaji pokok sahaja tidak termasuk apa-apa elaun. Rujukan juga boleh dibuat di http://www.lppsa.gov.my.

Apakah penyakit kronik yang dibenarkan bagi mendapatkan rawatan perubatan melebihi RM60.00 di klinik panel USIM?2018-10-11T14:23:14+08:00
  1. Darah Tinggi
  2. Kencing Manis
  3. Kolesterol Tinggi
  4. Asthma

Staf atau tanggungan yang menghidap penyakit kronik di atas  sahaja dibenarkan mendapatkan rawatan perubatan melebihi RM60.00 dengan syarat penyakit / rawatan tersebut disahkan oleh Klinik / Hospital Kerajaan atau Klinik Panel USIM di mana staf atau tanggungan mendapatkan rawatan. Sebarang tuntutan lebihi caj tanpa disertakan dokumen sokongan tidak akan diproses untuk bayaran.

Apakah perbezaan antara Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Biasiswa Universiti/USIM?2018-10-11T14:00:03+08:00

Biasiswa KPM adalah biasiswa yang ditaja oleh pihak KPM melalui Skim-skim seperti SLAB, SLAI, SPLIT, Post-Doktoral dan Sub Kepakaran. Biasiswa SLAB hanya terbuka kepada Bumiputera sahaja untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan Ph.D. Manakala, biasiswa SLAI terbuka kepada semua kaum untuk melanjutkan pengajian peringkat Ph.D.

Biasiswa Universiti pula ditaja oleh pihak USIM. Pada kebiasaannya, biasiswa Universiti diberikan pada staf yang tidak mendapat biasiswa KPTM atau semasa dilantik sebagai staf Universiti mereka telah hampir tamat pengajian pada peringkat Ph.D/Sarjana Kepakaran/Sarjana atau telah lebih dari had umur kelayakan Biasiswa KPM. Biasiswa Universiti juga diberikan kepada staf pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Guru Bahasa.

Apakah perbezaan di antara nasihat dan kaunseling?2018-10-11T14:18:31+08:00

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor yang terlatih dan klien di mana akhirnya klien akan mengalami satu perubahan tingkah laku yang positif manakala nasihat cuma sesi mendapatkan bantuan nasihat daripada seseorang yang tidak terlatih.

Apakah prosedur untuk memohon kursus dalam?2018-10-11T14:06:50+08:00

Staf perlu melengkapkan borang yang boleh dicapai dalam Sistem myTRAMS setelah diiklankan dalam INFOPRO. Pertimbangan kelulusan akan diberikan setelah mendapatkan perakuan PPP masing-masing. Makluman kelulusan akan dimaklumkan kepada staf melalui web mail USIM dan Sistem myTRAMS. Sila lengkapkan Borang Keberkesanan Latihan setelah menghadiri kursus.

Apakah prosedur untuk memohon kursus luar?2018-10-11T14:07:20+08:00

Staf perlu melengkapkan borang yang boleh dicapai dalam Sistem myTRAMS. Setelah mendapatkan perakuan PPP masing-masing, maklumat kursus luar yang dipohon perlu dihantar ke Unit Pembangunan Modal Insan (Seksyen Latihan dan Pembangunan) untuk tindakan lanjut. Makluman lanjut akan dimaklumkan kepada pemohon melalui Sistem myTRAMS. Laporan kursus luar dan Borang Keberkesana Latihan perlu dilengkapkan dalam Sistem myTRAMS

Apakah proses untuk mendapatkan Pas Penggajian?2018-10-11T11:39:13+08:00
Pegawai perlu menyerahkan dokumen kepada pegawai di Bahagian Sumber Manusia seperti butiran berikut :
  1. Pasport pegawai dan tanggungan
  2. Sijil Kelahiran pegawai dan tanggungan yang telah disahkan oleh Kedutaan Negara pegawai
  3. Surat tawaran asal
  4. Perjanjian kontrak yang telah dilengkapkan
  5. Borang Permohonan Imigresen (DP11)
  6. Empat (4) keping gambar berukuran pasport pegawai dan tanggungan
Apakah skim perkhidmatan yang ditawarkan oleh USIM bagi Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL)?2018-10-11T14:13:32+08:00

Terdapat enam (6) skim perkhidmatan yang boleh dipohon oleh calon bagi Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL) iaitu :

  1. Pengawal Keselamatan KP11
  2. Pembantu Keselamatan KP17
  3. Penolong Akauntan W27
  4. Penolong Pengurus Asrama N27
  5. Penolong Pegawai Tadbir N27
  6. Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27.
Apakah syarat untuk membuat pinjaman perumahan kali pertama?2018-10-11T13:51:22+08:00

Syarat untuk membuat pinjaman perumahan kali pertama adalah pegawai perlu terlebih dahulu disahkan dalam jawatan. Jika pegawai belum disahkan dalam jawatan tetapi pernah berkhidmat di agensi kerajaan lain dan telah disahkan dalam jawatan pada jawatan dan gred yang sama serta mendapat pelepasan dengan izin, maka pegawai juga layak membuat pinjaman perumahan.

Apakah syarat-syarat kenaikan pangkat kakitangan pentadbiran USIM?2018-10-11T13:41:16+08:00

Syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti berikut:

i)   Tertakluk kepada kekosongan jawatan;
ii)   Disahkan dalam perkhidmatan;
iii)   Mencapai tahap prestasi yang baik; dan
iv)  Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Apakah syarat-syarat menduduki Peperiksaan Perkhidmatan?2018-10-11T14:09:06+08:00

Syarat-syarat menduduki Peperiksaan Perkhidmatan ialah staf yang ingin memohon mestilah bertaraf tetap dan telah diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Apakah syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan staf?2024-01-18T07:11:59+08:00
Apakah syarat-syarat untuk bercuti belajar di bawah skim SLAB/SLAI dan dokumen-dokumen yang diperlukan?2018-10-11T14:00:47+08:00

Senarai syarat dan kecukupan dokumen bagipermohonan cuti belajar bagi staf dan Felo Siswazah USIM adalah seperti berikut:-

 

Bil.

Syarat Dan Kecukupan Dokumen

Dalam Negara

Luar Negara

Warganegara

Perlu

Perlu

Umur

Sarjana  –  45 tahun

Ph.D      –  43 Tahun

Perlu

Perlu

Kursus Metodologi Penyelidikan

Perlu

Perlu

Borang Permohonan Cuti Belajar

Perlu

Perlu

Curriculum Vitae

Perlu

Perlu

Salinan Sijil Akademik

Perlu

Perlu

Surat Tawaran Universiti Dimohon

Perlu

Perlu

Kertas Cadangan Penyelidikan

Perlu

Perlu

Salinan Kad Pengenalan Calon

Perlu

Perlu

Salinan Surat Beranak Calon

Perlu

Perlu

Salinan Kad Pengenalan Ibubapa

Perlu

Perlu

Salinan Surat Beranak Ibubapa

Perlu

Perlu

Salinan Keputusan IELTS /TOEFL

Tidak

Perlu

Perlu

Borang Soalan Keselamatan (Am 480 Pin 2/88)

Tidak

Perlu

Perlu

Borang JPA (L) LDP 1B96

Perlu

Perlu

Kursus Kenegaraan BTN (Calon Ke Luar Negara)

Tidak

Perlu

Perlu

Sijil Nikah (jika telah berkahwin)

Perlu

Perlu

Apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk menduduki Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan?2018-10-11T14:14:23+08:00

Pegawai yang ingin menduduki Peperiksaan Khas KPSL perlu memenuhi beberapa syarat:

  1. Tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Telah berkhidmat selama 5 tahun di jawatan hakiki USIM;
  3. Mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terakhir 80% ke atas dengan laporan kehadiran myAKRAB yang baik;
  4. Mendapat perakuan Ketua Jabatan.
Apakah tanggungjawab anggota perkhidmatan awam (staf USIM) seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 : Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA)?2018-10-11T14:06:23+08:00

Setiap anggota perkhidmatan awam (staf USIM) adalah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:-

  1. Merancang keperluan kursus yang bersesuaian dengan tugas, objektif Jabatan dan pembangunan diri;
  2. Menghadiri dan mengikuti kursus yang diluluskan atau ditetapkan dengan penuh komitmen dan jaya dan mencapai DLSMSA : 7 hari setahun;
  3. Menyedia dan mengemukakan laporan kursus kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) masing-masing setelah selesai menjalani kursus melalui Sistem myTRAMS. Dalam konteks USIM, laporan kursus hanya untuk kursus luaran sahaja dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Modal Insan (Seksyen Latihan dan Pembangunan); dan
  4. Mengemukakan salinan sijil/ dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan kehadiran kursus dan bagi tujuan rekod kepada Ketua Jabatan masing-masing sebaik sahaja tamat menghadiri kursus. Dalam konteks USIM, salinan sijil/ dokumen berkaitan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Modal Insan (Seksyen Latihan dan Pembangunan).
  5. Menterjemahkan impak kursus kepada pembentukan modal insan inovatif dan budaya kerja gemilang.
Apakah tempoh maksimum untuk memohon cuti bersalin awal?2018-10-11T13:48:01+08:00

Tempoh maksimum untuk memohon cuti bersalin awal adalah 14 hari sebelum tarikh dijangka bersalin berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2010

Apakah tindakan akan dikenakan sekiranya saya gagal membuat perisytiharan harta?2024-01-18T06:38:24+08:00

Staf yang gagal membuat perisytiharan harta boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya pegawai yang telah memohon dan mencukupi syarat menduduki Peperiksaan Khas PSL menarik diri sebelum tarikh peperiksaan?2018-10-11T14:16:05+08:00

Pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan penalti/pembekuan permohonan selama setahun berkuatkuasa dari tarikh hari pertama peperiksaan khas PSL dijalankan dalam tahun semasa.

Apakah tujuan Peperiksaan Perkhidmatan diadakan?2018-10-11T14:08:25+08:00

Tujuan Peperiksaan Perkhidmatan diadakan adalah sebagai keperluan staf untuk mendapat pengesahan dalam perkhidmatan

Apakah umur persaraan wajib bagi anggota-anggota sektor awam?2018-10-11T13:54:11+08:00
  • Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 55 tahun.
  • Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 – umur persaraan wajib adalah 56 tahun
  • Lantikan pada atau selepas 1.7.2008 – Umur persaraan wajib adalah 58 tahun.
  • Lantikan pada atau selepas 1.1.2012 – Umur persaraan wajib adalah 60 tahun.
Apakah yang akan terjadi sekiranya pesara/penerima pencen di bawah Skim B tidak menuntut pencen mereka untuk beberapa bulan?2018-10-11T13:57:52+08:00

Sekiranya pesara/penerima pencen di bawah Skim B tidak menuntut pencennya untuk tempoh enam bulan berturut-turut, pencen tersebut akan luput dan pihak bank akan memulangkan bayaran pencen tersebut kepada Bahagian Pencen, JPA. Pesara/penerima pencen tidak akan dapat menuntutnya lagi daripada bank tetapi mereka dikehendaki menghubungi Bahagian Pencen JPA untuk menuntut semula pencen tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan Cuti Belajar?2018-10-11T13:59:25+08:00

Cuti Belajar adalah didefinisikan sebagai Cuti Belajar yang dilulus oleh Kerajaan kepada seseorang Staf bagi mengikuti Kursus Latihan atau Pengajian. Dalam tempoh tersebut, seseorang staf itu dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus secara sepenuh masa dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa pula adalah bermaksud tempoh berkursus di mana staf memperolehi gaji sepenuhnya seperti yang ia berkelayakan sebelum berkursus serta penajaan (Biasiswa/Hadiah Latihan) bagi pembiayaan yuran pengajian dan lain-lain elaun yang ia berkelayakan semasa berkursus.

Dalam konteks USIM – Cuti Belajar ialah tempoh di mana seseorang staf dibenarkan  meninggalkan tugasnya untuk berkursus secara sepenuh masa untuk  mendapatkan sijil/ kelayakan yang lebih tinggi daripada kelulusan asalnya dengan keizinan Universiti dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim A dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?2018-10-11T13:56:48+08:00

Pembayaran pencen di bawah Skim A membawa maksud bahawa pencen pesara akan terus dikreditkan ke akaun bank pesara di hari pembayaran pencen pada setiap bulan. Pesara boleh membuat pengeluaran pencennya di mana-mana cawangan bank berkenaan di dalam negara. Golongan pesara yang layak dibayar pencen di bawah Skim A ialah mereka – mereka yang mempunyai isteri/suami yang masih hidup yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim B dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?2018-10-11T13:57:19+08:00

Pembayaran pencen di bawah Skim B membawa maksud bahawa untuk mendapatkan bayaran pencen mereka, pesara perlulah terlebih dahulu membuat tuntutan di mana-mana cawangan bank yang berkenaan, dengan mengisi borang tuntutan pencen yang boleh diperoleh di kaunter bank berkenaan. Ini bererti pesara/penerima pencen perlu menghadirkan diri ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran pencen dikreditkan ke dalam akaunnya. Tiada perkreditan terus pencen ke akaun pesara akan dibuat di bawah Skim B.

Golongan pesara yang layak dibayar di bawah Skim B ialah mereka-mereka yang bujang atau yang telah kematian isteri/suami atau mempunyai suami/isteri yang dikahwini setelah bersara dan juga mereka yang menerima pencen terbitan/ pencen tanggungan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemilikan harta?2024-01-18T06:24:00+08:00

Pemilikan harta bermaksud harta yang dimiliki oleh staf atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya

Punca kuasa perisytiharan harta

  • Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) – Peraturan 9, Jadual Kedua, Bahagian II
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 – Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam

Pekeliling Pejabat Pendaftar Bilangan 7 Tahun 2010 – Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Universiti Sains Islam Malaysia

Apakah yang dimaksudkan dengan perisytiharan harta?2024-01-18T06:33:04+08:00

Perisytiharan harta bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta

Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh lima tahun berkhidmat?2018-10-11T14:14:48+08:00

Bermula dengan menyandang jawatan hakiki di USIM sehingga tarikh tutup iklan permohonan PSL.

Apakah yang harus dibuat oleh tanggungan/waris kepada pesara yang meninggal dunia?2018-10-11T13:56:19+08:00

Sekiranya pesara tidak meninggalkan tanggungan yang layak dipertimbangkan pencen terbitan, waris terdekatnya harus memaklumkan Bahagian Pencen JPA tentang kematiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

  • Salinan sijil kematian
  • Salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
  • Salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
  • Salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
  • Dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
  • Sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
  • Surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).
Bagaimana dengan penetapan waktu bekerja PSH?2018-10-11T13:40:04+08:00

i)       Tempoh bekerja PSH adalah 9 jam sehari termasuk waktu rehat

ii)     Ketua Jabatan boleh mengarahkan PSH untuk kerja lebih masa sekiranya perlu dan dibayar  mengikut Pekeliling Pentadbiran Bil.3/2011. Waktu bekerja PSH tidak tertakluk dengan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) seperti staf USIM yang lain.

Bagaimana jika saya bercadang membawa ahli keluarga lain untuk mendapatkan Pas Lawatan Sosial di bawah Pas Penggajian saya?2018-10-11T11:39:46+08:00

Pegawai perlu menyediakan dan menyerahkan dokumen kepada pegawai di Bahagian Sumber Manusia seperti butiran berikut :

i)        Pasport ahli keluarga (ibu/bapa kandung/mertua, lain-lain)
ii)       Empat (4) keping gambar berukuran passport
iii)      Borang Permohonan Imigresen (DP11-A)
iv)      Borang Personal Bon
v)      Surat pengesahan pertalian daripada kedutaan.

Bagaimana prosedurnya?2018-10-11T14:19:44+08:00

Apabila Unit Pembangunan (Psikologi Dan Rundingcara) menerima permohonan melalui surat atau secara online daripada individu atau PTJ, kami akan menguruskannya dengan memberikan tarikh yang sesuai untuk anda bertemu dengan kaunselor dalam masa terdekat.

Bagaimana saya hendak menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi saya?2024-01-18T07:08:27+08:00
  1. Perkataan eSTAF ditukarkan kepada iStaff
  2. *Kemaskini Maklumat Anugerah atau Pengiktirafan yang diterima (Dikemaskini oleh Seksyen Latihan dan Pelan Penggantian)
  3.  Salinan dokumen maklumat yang telah dikemaskini hendaklah dihantar kepada Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan     Sumber Manusia untuk disahkan bagi tujuan rekod. Salinan dokumen yang tidak dihantar ke Seksyen Perkhidmatan, Bahagian   Pengurusan Sumber Manusia akan mengakibatkan kelulusan pengemaskinian data tidak dapat dilakukan dan tiada sebarang       pindaan dibuat di dalam portal iStaff.
Bagaimana untuk memasukkan maklumat anak kandung dari bekas pasangan? Dan bagaimana memasukkan maklumat pasangan sekarang?2018-10-11T11:47:08+08:00

Maklumat bekas pasangan perlu dimasukkan dan disahkan terlebih dahulu.  Selepas disahkan, maklumat ‘Anak’ bolehlah dimasukkan. Setelah selesai memasukkan maklumat anak, CO boleh memasukkan tarikh bercerai/meninggal dunia bagi bekas pasangan tersebut. Kemudian masukkan maklumat pasangan sekarang. Masukkan juga maklumat anak dengan pasangan sekarang (jika ada).

Bagaimana untuk membuat permohonan kaunseling?2018-10-11T14:18:57+08:00

Permohonan boleh dibuat sama ada dengan mengemukakan surat kepada Unit Pembangunan (Psikologi Dan Rundingcara) atau melalui permohonan online yang disiarkan di INFOPRO pada setiap bulan.

Bagaimana untuk saya memohon kembali ke Malaysia untuk bagi mengutip data atau membentang kertas kerja di persidangan antarabangsa?2018-10-11T14:03:48+08:00
  1. Diberikan kepada staf akademik yang menyambung pengajian di peringkat Ph.D yang benar-benar memerlukan dan telah diluluskan bercuti belajar di luar/ dalam Negara dengan Biasiswa KPTM.
  2. Kemudahan adalah salah satu sahaja iaitu sama ada mengutip data atau membentang kerja di persidangan antarabangsa. Bagi pengajian dalam Negara hanya pembentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa sahaja dibenarkan.
  3. Telah menyediakan kertas cadangan/ proposal yang memasukkan kutipan data di Malaysia atau pembentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa dalam permohonan bercuti belajar.
  4. Kutipan data/ pembentangan kertas kerja yang dibuat berkaitan dengan bidang pengajian.
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh pulang mengutip data di Malaysia/ membentang kertas kerja di persidangan antarabangsa.
  6. Kemudahan pembiayaan untuk menghadiri dan membentangkan kertas penyelidikan di seminar peringkat antarabangsa, yang sebelum ini hanya dibenarkan dalam kawasan (regional) yang ditetapkan, diperluaskan ke kawasan/ negara lain tetapi tertakluk kepada kadar maksimum RM5000 termasuk tambang, penginapan, makan dan yuran persidangan.
  7. Dokumen Permohonan Diperlukan :-

a)  Surat permohonan.
b)  Surat sokongan Penyelia.
c)  Surat sokongan Dekan.
d)  Jadual perancangan (bagi kutip data di Malaysia sahaja)
e)  Surat setuju terima daripada organisasi/ penganjur seminar berkaitan.
f)  Borang permohonan KPTM.
g)  Permohonan yang dikemukakan tanpa maklumat/lampiran yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Bagaimana untuk saya memohon kemudahan penyelidikan, memungut data dan mencari bahan penyelidikan di luar negara?2018-10-11T14:04:19+08:00
  1. Diberikan kepada staf akademik yang menyambung pengajian di peringkat Ph.D yang benar-benar memerlukan dan telah diluluskan bercuti belajar di dalam Negara dengan Biasiswa KPM.
  2. Kemudahan adalah salah satu sahaja iaitu sama ada kemudahan penyelidikan, memungut data dan mencari bahan penyelidikan di luar negara atau membentang kerja di persidangan antarabangsa.
  3. Telah menyediakan kertas cadangan/ proposal yang memasukkan penyelidikan, memungut data dan mencari bahan penyelidikan di luar negara dalam permohonan bercuti belajar.
  4. Penyelidikan, memungut data dan mencari bahan penyelidikan di luar negara yang dibuat berkaitan dengan bidang pengajian.
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan daripada tarikh penyelidikan, memungut data dan mencari bahan penyelidikan di luar negara.
  6. Dokumen Permohonan Diperlukan :-

a)  Surat permohonan.
b)  Surat sokongan Penyelia.
c)  Surat sokongan Dekan.
d)  Jadual perancangan.
e)  Surat setuju terima daripada organisasi berkaitan.
f)  Borang permohonan KPM.

viii. Permohonan yang dikemukakan tanpa maklumat/lampiran yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Bagaimana untuk saya memohon perlanjutan tempoh pengajian?2018-10-11T14:04:45+08:00
  1. Sekiranya staf gagal menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, staf hendaklah membuat permohonan penambahan masa kepada Universiti enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pengajian.
  2. Permohonan bertulis dari staf kepada Urusetia Unit Cuti Belajar USIM hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:-
  1. Membuat surat permohonan melalui ketua jabatan/Dekan dengan memberi butir-butir tentang lanjutan tempoh diperlukan serta sebab-sebabnya.
  2. Menyertakan perakuan/sokongan secara bertulis oleh Penyelia atau tempat calon berkursus.
  3. Menyertakan senarai mata pelajaran yang diambil dan keputusan Peperiksaan atau laporan kemajuan penyelidikan dari tarikh Staf memulakan kursus sehingga ke tarikh permohonan itu dibuat (bagi kursus secara kerja kursus/syarahan).
  4. Mengemukakan jadual perancangan kerja (plan of study) bagi tempoh yang dipohon
  5. Mengisi borang perlanjutan KPTM.

iii.  Kegagalan mengemukakan permohonan dalam masa yang ditetapkan dan atau mengemukakan permohonan yang kurang lengkap boleh menyebabkan permohonannya ditolak/lewat diproses.
iv.  Apa-apa tambahan masa atau lanjutan tempoh tidak semestinya disertai dengan pemberian segala kemudahan atau faedah sepenuhnya yang boleh diberi di bawah syarat-syarat Cuti Belajar/ melanjutkan pelajaran ini.

Bagaimanakah cara untuk memohon cuti menjaga anak dan berapa hari kelayakannya?2018-10-11T13:47:31+08:00

Permohonan cuti menjaga anak perlu dibuat secara rasmi kepada  Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar melalui perakuan Ketua Jabatan.

Terdapat 2 jenis kemudahan Cuti Menjaga Anak iaitu Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin dengan tempoh sehingga 5 tahun sepanjang tempoh perkhidmatan berdasarkan  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2014.

Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan di USIM?2024-01-18T06:53:50+08:00

Kekosongan jawatan akan dihebahkan di dalam laman website USIM dan media sosial yang berkaitan. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui sistem e-IRIS 2.0 dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh iklan

Bagaimanakah cara untuk memohon Peperiksaan Khas PSL di USIM?2018-10-11T14:13:56+08:00

Calon boleh memohon PSL dengan mengisi borang yang telah dimuat turun di dalam Sistem myDOCS selepas iklan dibuka.

Bagaimanakah cara untuk memohon perjawatan Pekerja Sambilan Harian?2024-01-18T07:03:50+08:00

Permohonan perjawatan PSH boleh dikemukakan terus kepada pihak Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan mengemukakan surat iringan bersama CV dan salinan sijil akademik berkaitan.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan?2018-10-11T14:09:59+08:00

Borang Permohonan boleh dimuat turun di dalam sistem my docs.

Bagaimanakah caranya untuk membuat tuntutan perbelanjaan rawatan pergigian dan kaca mata?2018-10-11T14:23:39+08:00

Tuntutan boleh dibuat melalui Modul Tuntutan Am di sistem iStaff USIM.

Bagaimanakah hendak membuat perisytiharan harta secara atas talian?2024-01-18T06:28:36+08:00

Staf perlu membuat permohonan melalui iStaf > Capaian Individu > Maklumat Peribadi > Perisytiharan Harta V2.0

Bagaimanakah untuk memilih Universiti yang ingin dipohon?2018-10-11T14:01:13+08:00

Pemilihan Universiti dan bidang mestilah sesuai dengan kehendak Fakulti/ Ketua Jabatan. Universiti luar negara yang dipilih mestilah mempunyai ranking dan rating yang terbaik dan kepakaran bidang tersebut sukar didapati di dalam Negara. Antara link yang boleh dirujuk untuk melihat rating dan ranking adalah seperti berikut:

http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/

Berapa kali iklan kenaikan pangkat akademik dikeluarkan?2018-10-11T13:41:47+08:00

Iklan kenaikan pangkat akan dikeluarkan 4 kali setahun bagi jawatan DS52, DU/DUG54 (Time-based) dan DG44/48/52. Manakala bagi jawatan Profesor Madya Gred DS/DU/DUG 54/56 dan Profesor Gred VK7,VK6 dan VK5 adalah terbuka sepanjang tahun.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk pemohon dipanggil temu duga?2024-01-18T06:54:55+08:00

Calon yang berjaya akan dipanggil temu duga dalam tempoh 90 hari bekerja daripada tarikh tutup iklan.

Berapa lamakah tempoh maksimum perkhidmatan PSH?2018-10-11T13:40:34+08:00

Tempoh maksimum perkhidmatan PSH adalah tidak lebih dari 3 bulan. Sekiranya masih terdapat keperluan mendesak, Ketua Jabatan boleh melanjutkan perkhidmatan PSH sehingga tempoh maksimum terakhir/muktamad 3 bulan lagi.

Berapakah gaji sehari Pekerja Sambilan Harian (PSH) mengikut Gred Kelayakan?2018-10-11T13:37:35+08:00

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2011 kadar upah PSH secara harian berdasarkan kelayakan adalah seperti berikut:

Gred Kelayakan Staf Upah (RM/Sehari)
Gred 19 RM54.00
Gred 29 RM72.00
Gred 41 dan Ke Atas RM100.00
Berapakah kekerapan Peperiksaan Khas PSL yang diadakan di USIM setiap tahun?2018-10-11T14:15:12+08:00

Peperiksaan ini hanya diadakan sekali setahun (bulan Julai)

Berapakah kekerapan Peperiksaan Perkhidmatan dijalankan di USIM?2018-10-11T14:10:25+08:00

Peperiksaan Perkhidmatan dijalankan dua (2) kali setahun sahaja

Berapakah kertas soalan peperiksaan yang perlu diambil oleh calon Peperiksaan Perkhidmatan?2018-10-11T14:11:05+08:00

Bagi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (P&P) Dan Sokongan 1 (27-40) selain daripada Setiausaha Pejabat N27

Bil

Kertas

Sukatan

1.

I

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Perintah Am, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000, Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Pentadbiran, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Perihal Universiti

2.

II

Perlembagaan Dan Undang-Undang Am

3.

III

Subjek Jabatan

–            Setiausaha Pejabat N27

Bil

Kertas

Sukatan

1.

I

1)   Ujian Pengambilan Nota 50 p.s.m.

2)   Ujian IT Skill Assessment And Certification (ISAC)

2.

II

Perintah Am Dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Arahan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan, Perlembagaan  Dan Undang-Undang

3.

III

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Panduan Berkaitan, Pengurusan Maklumat Melalui HRMIS Dan Perhubungan Awam

Kumpulan Sokongan I (Gred 17-26) dan Sokongan II (Gred 1-16)
–       Pembantu Tadbir (P/O) N17

Bil

Kertas

Sukatan

1.

I

Ujian Kederasan Menaip 18 p.s.m

2.

II

Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Perihal Universiti

3.

III

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Perintah Am, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 Dan Arahan Perbendaharaan

–       Pembantu Setiausaha Pejabat N17

 Bil

Kertas

Sukatan

1.

I

1)   Ujian Pengambilan Nota 30 p.s.m.

2)   Ujian IT Skill Assessment And Certification (ISAC)

2.

II

Perintah Am Dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

3.

III

Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Panduan Berkaitan

–       Sokongan Setaraf Kumpulan C

Bil

Kertas

Sukatan

1.

I

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Perintah Am, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan Perihal Universiti

2.

II

Subjek Jabatan
Bilakah laporan prestasi pengajian semasa melanjutkan pengajian perlu dihantar?2018-10-11T14:01:39+08:00

Laporan yang diedarkan pada awal Februari setiap tahun hendaklah dikembalikan semula selewat-lewatnya pada 28 atau 29 Februari setiap tahun. Manakala, laporan yang diedarkan pada awal Ogos setiap tahun hendaklah dikembalikan semula selewat-lewatnya pada 31 Ogos setiap tahun.

Bilakah perakuan pengesahan dalam perkhidmatan akan dihantar kepada Ketua Pusat Tanggungjawab saya?2024-01-18T07:13:00+08:00

Pelawaan pengesahan dalam perkhidmatan akan dibuat empat (4) kali setahun bagi staf akademik manakala tiga (3) kali setahun bagi staf pentadbiran. Pelawaan akan dibuat melalui emel rasmi USIM.

Bilakah saya perlu melapor diri?2018-10-11T11:37:13+08:00

Calon perlu melapor diri dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran  dengan mengembalikan Surat Setuju Terima Pelantikan Jawatan (PEND.BSM.Pj.10) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran.

Bilakah saya perlu melaporkan diri ke USIM apabila tamat pengajian atau tamat tempoh pengajian dan apakah yang perlu saya lakukan semasa melapor diri?2018-10-11T14:05:19+08:00

Kemukakan permohonan tempahan tiket pulang melalui fakulti/ pusat satu (1) bulan sebelum tarikh penerbangan ke Malaysia (bagi yang belajar di luar negara). Sila lapor diri di Seksyen Latihan dan Pembangunan selewat-lewatnya sehari selepas kapal terbang mendarat di KLIA atau selewat-lewatnya sehari selepas tarikh tamat pengajian atau tamat tempoh cuti belajar bagi yang belajar di Malaysia.

Beberapa borang perlu dilengkapkan dan menyerahkan dua salinan tesis berjilid keras dan salinan passport tuan/puan dan/atau keluarga ke Seksyen Latihan dan Pembangunan dan seterusnya perlu berjumpa dengan Dekan/ Pengarah untuk memohon Cuti Tanpa Rekod selama 7 hari (termasuk Sabtu dan Ahad, dikira sehari selepas kapal terbang mendarat dan tertakluk kepada perakuan Ketua Jabatan/Dekan).

Tuntutan elaun tesis adalah tanggungjawab staf sendiri dengan pihak KPTM dengan menghantar borang dan salinan tesis ke KPM.

Bilakah sepatutnya saya membuat perisytiharan harta?2024-01-18T06:35:05+08:00

Perisytiharan harta perlu dibuat oleh staf USIM apabila:

  • Dilantik ke perkhidmatan di USIM
  • Dikehendaki oleh USIM
  • Memperolehi harta tambahan
  • Melupuskan harta
  • Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun
Bilakah seseorang pegawai boleh memohon bersara secara pilihan dan apakah prosedurnya?2018-10-11T13:55:16+08:00

Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan (optional retirement) sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.
Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:

  1. Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat rendah ank e bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental.
  2. Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

Prosedur: Permohonan melalui Ketua Jabatan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh persaraan yang dimohon.

Bilakah tarikh pergerakan gaji tahunan saya?2018-10-11T13:50:10+08:00

Di dalam setahun (Januari – Disember) terdapat empat (4) kali Pergerakan Gaji Tahunan(PGT) secara biasa iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober bergantung kepada tarikh lantikan atau tarikh kenaikan pangkat. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.1/2016  dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2016 Contohnya:

i)   Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/1 – 31/3 : PGT Januari
ii)   Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/4 – 30/6 : PGT April
iii)  Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/7 – 30/9 : PGT Julai
iv) Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/10 – 31/12 : PGT Disember

Bilakah tempoh untuk saya mendapatkan keputusan selepas temu duga?2018-10-11T11:36:29+08:00

Calon yang berjaya sahaja akan dihubungi dalam tempoh 14 hari daripada tarikh temu duga. Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh temu duga, calon dianggap tidak berjaya sepenuhnya.

Bolehkah anak angkat menggunakan eGL?2018-10-11T11:46:43+08:00

Boleh jika mendapat pengesahan/kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sehubungan itu, untuk tujuan eGL, staf boleh mengemaskini sendiri maklumat anak angkat tersebut di portal HRMIS dan mengemukakan salinan Surat Kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pengesahan.

Bolehkah Pegawai yang lulus Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL) memohon jawatan di tempat lain selain USIM?2018-10-11T14:17:19+08:00

Pegawai yang telah lulus Peperiksaan PSL di USIM tidak boleh memohon sebarang jawatan di tempat lain berikutan PSL yang diambil di USIM hanya terhad kepada USIM sahaja dan tidak boleh digunapakai untuk memohon jawatan-jawatan di tempat lain.

Bolehkah pesara/penerima pencen menukar akaun bank?2018-10-11T13:58:45+08:00

Pesara/penerima pencen boleh menukar akaun bank mereka tetapi notis sekurang-kurangnya dua bulan secara bertulis hendaklah diberi kepada Bahagian Pencen JPA sebelum akaun lama ditutup. Ini adalah untuk mengelakkan terputusnya bayaran pencen bulanan mereka.

Dalam keadaan di mana pesara/penerima pencen hilang buku akaun, adalah dinasihatkan agar akaun baru dibuka di bank yang sama supaya bayaran pencen boleh dipindahkan ke akaun baru tersebut. Jika akaun baru dibuka di bank lain, pembayaran pencen mungkin tergendala oleh kerana bayaran pencen yang telah dihantar untuk dikreditkan ke dalam akaun lama perlu dikembalikan oleh bank berkenaan kepada Bahagian Pencen JPA untuk diproses semula bagi pengkreditan ke dalam akaun baru di bank lain.

Bolehkah saya dapatkan skema jawapan bagi soalan Peperiksaan Perkhidmatan tahun lepas?2018-10-11T14:12:03+08:00

Tidak boleh kerana skema jawapan tersebut adalah dokumen sulit.

Bolehkah saya menangguhkan tarikh lapor diri?2024-01-18T06:51:08+08:00
Calon boleh menangguhkan tarikh lapor diri dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Namun begitu, tarikh pelantikan dan pembayaran emolumen akan bermula pada tarikh calon melapor diri beserta dokumen lapor diri yang telah dilengkapkan
Bolehkah saya menggunakan eGL daripada sistem HRMIS bagi mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN)?2018-10-11T13:36:18+08:00

Tidak boleh.

Tuan/Puan perlu menggunakan Surat Jaminan Perubatan (GL) USIM yang boleh diperolehi daripada Bahagian Governan dan Pentadbiran Am (BGPA), Jabatan Pendaftar.

Bolehkah saya menyemak Buku Rekod Perkhidmatan?2024-01-18T07:05:30+08:00

Buku Rekod Perkhidmatan boleh disemak di Seksyen Persaraan dan Rekod, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Staf perlu memaklumkan terlebih dahulu melalui e-mel bagi tujuan tersebut.

Bolehkah seseorang pegawai bersara pada umur 58 tahun jika sedang menghadapi tindakan tatatertib atau perbicaraan jenayah yang boleh berkeputusan dengan dibuang kerja atau disabitkan?2018-10-11T13:54:47+08:00

Dalam keadaan sedemikian, pegawai berkenaan tidak boleh bersara apabila mencapai umur 58 tahun. Sebaliknya perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur tersebut sehingga keputusan diperolehi. Sekiranya tindakan tatatertib atau perbicaraan itu tidak berkeputusan dengan dibuang kerja atau disabitkan, maka  hendaklah dibersarakan dan tempoh perkhidmatan selepas umur 58 tahun dikira cuti tanpa gaji dan tidak boleh diambilkira untuk faedah persaraan

Bolehkan berat bagasi untuk permohonan tiket penerbangan bagi staf bercuti belajar dan Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal ditambah?2018-10-11T14:21:20+08:00

Tidak boleh.

Bolehkan pencen dituntut oleh orang lain selain daripada pesara/penerima pencen?2018-10-11T13:58:18+08:00

Pesara/penerima pencen boleh melantik seorang wakil diri untuk membantu beliau dalam urusan pencen dengan bank. Tetapi pelantikan wakil diri hanya dibenarkan di bawah Skim B sahaja. Untuk melayakkan wakil diri dilantik, pesara/penerima pencen tersebut mestilah seorang yang uzur dan keadaan keuzurannya perlu dibuktikan melalui surat pengesahan oleh sama ada Pegawai Perubatan Kerajaan atau doktor swasta, atau Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Daerah. Pesara/penerima pencen perlu memohon kepada Bahagian Pencen JPA untuk pelantikan wakil diri tersebut melalui Borang (JPA.BP.SKP.B07). Pelantikan wakil diri adalah sah untuk tempoh setahun dan boleh diperbaharui jika masih diperlukan oleh pesara/penerima pencen.

Dimanakah boleh saya dapatkan senarai klinik panel USIM?2022-07-15T00:12:42+08:00

Anda boleh mendapatkannya melalui system myDOCS USIM (folder BGPA, Jabatan Pendaftar) atau melalui pautan INI.

Dimanakah saya boleh dapatkan sukatan peperiksaan bagi Peperiksaan Perkhidmatan?2018-10-11T14:12:30+08:00

Sukatan Peperiksaan tersebut boleh dimuat turun dari folder “Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan” di dalam sistem my docs.

Dimanakah saya boleh merujuk Garis Panduan Cuti Belajar USIM?2018-10-11T14:05:53+08:00

Garis Panduan Cuti Belajar USIM boleh dirujuk di myDoc laman web USIM.

Dimanakah saya boleh merujuk Garis Panduan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) USIM?2018-10-11T14:07:48+08:00

Garis Panduan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) USIM boleh dirujuk di dalam Sistem myTRAMS.

Kajian kes yang bagaimana yang boleh diambil kira untuk kenaikan pangkat?2018-10-11T13:44:34+08:00

Kajian kes yang diiktiraf dalam bidang dan hanya yang mendapat pengesahan fakulti akan diambil kira. Walau bagaimanapun, syarat ini boleh disetarakan.

Kelayakan Pinjaman2018-10-11T13:52:26+08:00

Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai -Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut :

TARIKH BERKUATKUASA MULAI JANUARI 2017

JADUAL KELAYAKAN PINJAMAN BARU PERUMAHAN SEKTOR AWAM

Kenapa ID pengguna tidak boleh diaktifkan?2018-10-11T13:15:06+08:00

CO berkenaan mempunyai lebih dari 2 ID yang aktif.

Kenapa status perkahwinan saya masih lagi Bujang walaupun telah berkahwin?2018-10-11T11:46:15+08:00

Status perkahwinan akan berubah setelah Pemilik Kompetensi mengemaskini maklumat pasangan di “TAB KELUARGA”

Mengapa dalam syarat kenaikan pangkat ke Pensyarah Kanan Gred DS51/52 memerlukan tempoh perkhidmatan selama 4 tahun?2018-10-11T13:42:50+08:00

Ini adalah kerana mengambil kira tempoh perkhidmatan setahun setelah melapor diri dan tempoh pengajian selama 3 tahun dalam Ph.D.

Mengapa kesilapan maklumat di data peribadi lambat dibetulkan?2018-10-11T11:45:20+08:00

Maklumat Pemilik Kompetensi (CO) perlu dirujuk kembali kepada pihak JPN bagi tujuan pengesahan kali kedua. Maklumat CO di HRMIS perlulah selari dengan maklumat di JPN untuk mengelakkan sebarang masalah di masa akan datang. CO akan dihubungi setelah tindakan selesai diambil.

Mengapa saya perlu mengemaskini maklumat di submodul Rekod Peribadi?2018-10-11T11:44:53+08:00

Sub Modul Rekod Peribadi adalah data asas yang akan digunakan oleh modul-modul EG-HRMIS yang lain.

Mengapa saya perlu mengemaskini semula maklumat peribadi & ahli keluarga, sedangkan saya telah mengemaskini maklumat di Sistem iStaff?2018-10-11T13:15:45+08:00

iStaff adalah sistem yang dibangunkan oleh pihak USIM, manakala sistem HRMIS adalah dibangunkan oleh pihak JPA yang diguna pakai oleh semua Jabatan & Kementerian.

Mengapa saya tidak boleh memasukkan maklumat anak kandung?2018-10-11T11:43:34+08:00

Maklumat pasangan perlu dimasukkan dan disahkan terlebih dahulu. Selepas pengesahan dibuat, maklumat berkenaan anak staf bolehlah dimasukkan kemudian.

Mengapakah permohonan melalui atas talian adalah ‘Perisytiharan Pertama’?2024-01-18T06:27:41+08:00

Saya telah membuat perisytiharan harta sebelum ini melalui borang permohonan.

Rekod perisytiharan harta sebelum ini adalah secara borang permohonan manual. Untuk membolehkan maklumat dihantar ke dalam sistem HRMIS, semua staf perlu melengkapkan permohonan perisytiharan harta secara ‘Perisytiharan Pertama’ dahulu melalui sistem. Selepas permohonan ‘Perisytiharan Pertama’ telah diluluskan, staf boleh membuat permohonan perisytiharan harta lain-lain seperti harta tambahan, pelupusan harta, dan pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta

Mengapakah skim perkhidmatan PSL yang lain tidak ditawarkan di USIM, contohnya Penolong Jurutera?2018-10-11T14:17:45+08:00

Ini kerana bidang profesional atau kritikal memerlukan calon yang kompeten dan mempunyai kepakaran atau sijil kelayakan khas yang diiktiraf di samping menggalakkan staf menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Perlukah saya mengemaskini maklumat keluarga saya?2018-10-11T11:42:18+08:00

Ya, kerana Guarantee Letter(GL) iaitu Surat Jaminan Perubatan yang akan dijana di klinik/hospital kerajaan memerlukan maklumat keluarga (jika pesakit adalah keluarga pegawai).

Saya ingin masukkan maklumat Akademik tetapi semasa memilih Institusi, tiada dipaparkan dalam senarai pilihan Institusi. Apa yang perlu saya lakukan?2018-10-11T11:45:47+08:00

Pemilik Kompetensi (CO) boleh mengemelkan nama dan alamat institusi yang lengkap kepada pihak helpdesk JPA (hrmis_helpdesk@jpa.gov.my) Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya) untuk penyenaraian institusi tersebut di HRMIS.

Saya telah memperolehi kelayakan akademik terkini. Bagaimana untuk saya mengemaskini maklumat saya?2024-01-18T07:10:38+08:00

Staf hendaklah mengemukakan sesalinan sijil kelayakan akademik terkini dan dikemukakan ke Seksyen Perkhidmatan untuk proses pengemaskinian. Bagi staf yang baru balik daripada cuti belajar beserta kelulusan senat/ijazah, perakuan daripada Seksyen Cuti Belajar, Jabatan Pendaftar diperlukan sebelum dihantar ke Seksyen Perkhidmatan untuk pengemaskinian maklumat di dalam sistem Munazzim.

Saya telah mengemaskini maklumat dengan lengkap di pangkalan data sistem HRMIS, tetapi apabila saya pergi ke hospital saya dimaklumkan bahawa maklumat saya tidak lengkap. Mengapa perkara ini boleh berlaku?2018-10-11T13:35:23+08:00

Hal ini berlaku kerana terdapat maklumat yang tidak lengkap. Sila klik pada maklumat setiap ahli keluarga yang ada di paparan sistem HRMIS, pastikan setiap maklumat pendidikan, pekerjaan, status tanggungan dan waris telah dikemaskini dan lengkap.

Saya tidak boleh masuk ke sistem HRMIS kerana masalah ID bertindih / ID tersekat / Lupa Kata Laluan. Apa perlu saya buat?2018-10-11T13:13:25+08:00

Boleh hubungi Helpdesk HRMIS di talian 06-7988048/ 06-7988193 untuk reset semula kata laluan dan status log masuk.

Sekiranya saya ingin memohon Peperiksaan Khas PSL di luar contohnya Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, adakah saya boleh memohon tuntutan perjalanan dan cuti tanpa rekod?2018-10-11T14:16:31+08:00

Tidak boleh kerana skim tersebut telah ditawarkan di USIM, melainkan Pegawai tersebut memohon jawatan lain selain jawatan yang telah sedia ada, maka Pegawai tersebut layak untuk memohon tuntutan perjalanan dan cuti tanpa rekod.

Sekiranya seseorang Pensyarah itu sudah memenuhi syarat minima yang ditetapkan dalam syarat kenaikan pangkat ke jawatan Profesor, adakah dia layak untuk terus dilantik ke jawatan Profesor secara “fast track”?2018-10-11T13:44:04+08:00

Memenuhi syarat minimum tidak dikira memenuhi kelayakan untuk kenaikan pangkat secara “fast track”. Kelayakan kenaikan pangkat secara “fast track” ialah melihat kepada ciri-ciri unik yang ada pada calon untuk memenuhi syarat mempunyai kecemerlangan yang sangat istimewa mutunya.

Siapa boleh saya hubungi sekiranya ada pertanyaan?2024-01-18T06:40:36+08:00

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar di talian 06-7988037/ 8108

Siapa yang perlu membuat permohonan?2018-10-11T14:19:17+08:00

Permohonan boleh dibuat sama ada daripada individu atau dari PTJ. PTJ juga boleh membuat permohonan bagi pihak stafnya yang dirasakan perlu.

Siapakah pegawai yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Peperiksaan Perkhidmatan?2018-10-11T14:11:33+08:00

Pegawai yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan ialah Encik Shahrul Nizam Mohamed Shamsuddin, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Modal Insan (Seksyen Kompetensi) di talian 06-7988149.

Siapakah pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan sebarang maklumat berkenaan Peperiksaan Khas PSL?2018-10-11T14:18:08+08:00

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Urusetia Peperiksaan PSL iaitu Pn. Nur Adlina Addenan (Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Kompetensi) di talian 8149 atau Pembantu Tadbir (P/O) Seksyen Kompetensi di talian 8153.

Siapakah tanggungan staf yang layak menerima perkhidmatan rawatan pesakit luar di klinik panel USIM?2018-10-11T14:22:22+08:00

A. Staf Lantikan Tetap/Kontrak (Warganegara)

  • Pasangan (suami atau isteri)
  • Anak-anak yang berkelayakan yang berumur di bawah 18 tahun dan anak-anak di bawah umur 21 tahun (masih menuntut sepenuh masa di Kolej / Universiti). Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Ianya tidak mengambilkira sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum atau selepas had umur di bawah tanggungan seperti yang ditetapkan. Istilah “anak” akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.

B. Staf Lantikan kontrak (bukan warganegara)

  • Pasangan (suami atau isteri)
  • Tiga (3) orang anak yang berusia 18 tahun ke bawah yang diisytiharkan kepada kepada Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar
Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?2018-10-11T13:55:48+08:00

Tanggungan pesara yang layak dibayar pencen terbitan ialah –

  • balu atau balu-balu atau duda (bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);
  • anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen terbitan melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.