Tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali,
Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atas penganugerahan Sijil Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Tahap 5) dalam Bidang Kepimpinan Korporat sempena Majlis Konvokesyen TVET Champions 2026 yang telah berlangsung pada 30 April 2026.

TVET Champions merupakan satu bentuk pengiktirafan berprestij yang diberikan kepada individu, pemimpin industri serta tokoh korporat yang diiktiraf secara rasmi atas komitmen, kepakaran dan sumbangan signifikan dalam memperkasa serta memartabatkan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.

Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta memberi inspirasi dalam memperkukuh pembangunan TVET negara.