Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

 
Terlebih dahulu saya mengalu-alukan kepada pihak yang mengunjungi laman web Jabatan Pendaftar USIM, semoga informasi yang ada dapat memberi manfaat yang sebaiknya. Sebagai ‘gateway’ kepada pentadbiran Universiti, segala maklumat yang ada di jabatan ini boleh dikongsikan bersama dalam memastikan perancangan, pengurusan dan pentadbiran Universiti mencapat matlamat yang ditetapkan.
 
Hasrat USIM untuk memartabatkan ‘Kecemerlangan Ilmu dan Insan’ melalui wawasannya akan digerakan oleh komitmen staf jabatan ini yang bermotokan ‘Profesionalisme Pemangkin Modal Insan Berwawasan’. Saya percaya laman web jabatan ini akan menyemarakkan lagi kehendak memudahcarakan para pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan dapat membantu meningkatkan prestasi perlaksanaan tindakan dengan lebih cepat, tepat dan terarah ke sasaran yang sebenar. Semoga dengan apa yang ada akan meningkatkan lagi sistem penyampaian jabatan ini. Sekian, terima kasih.
 
 
“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”
 
 
DATO’ MUHAMMAD HAIZUAN ROZALI
Pendaftar