Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YBrs. Encik Zairul Hisham bin Ahmad Khulaimi
atas pelantikan menjalankan fungsi sebagai Bendahari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berkuat kuasa mulai 2 Mei 2026 sehingga urusan pelantikan Bendahari dimuktamadkan.
Kepercayaan yang diberikan ini mencerminkan kewibawaan, keupayaan serta pengalaman dalam menerajui pengurusan kewangan universiti. Diharapkan dengan kepimpinan yang ditunjukkan, segala perancangan dan pelaksanaan akan terus diperkasa ke arah memperkukuh tadbir urus serta kecemerlangan organisasi.
