Pendaftar Pertama
[Lantikan 2000 hingga 2009]

TUAN HAJI ADDENAN HAJI ABD. RAHMAN

YBhg. Tuan Haji Addenan Haji Abd. Rahman merupakan antara figura pengasas penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia yang ketika itu merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-12 di Malaysia. Beliau yang dilahirkan pada 05 Jun 1950 di Kampung Sungai Jurong, Slim River, Pera k       merupakan anak ketujuh daripada 10 bersaudara. Beliau menerimapendidikan menengah di Sekolah Izzudin Shah, Ipoh, Perak (1964 – 1966), di Sekolah Menengah Methodist, Tanjung Malim, Perak (1967 – 1969) da n   seterusnya di Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur (1969 – 1970). 

Beliau seterusnya menyambung pengajian Sarjana Muda Sastera (Kepujian)di Universiti Malaya (1971 – 1974) dan Sarjana dalam bidang Pent adbiranAwam di Iowa State University, Amerika Syarikat (1985 – 1987). Dalam masa  yang sama, beliau turut memperoleh Certificate of Higher EducationManagement daripada University ofOxford, United Kingdom pada tahun 1997.
     
Kerjaya beliau bermula pada 30 Mei 1974 sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Kebangsaan Malaysia.Atas pengalaman dan kewibawaan dimiliki, beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pendaftar Kanan pada 1991.

Pada tahun 1999 beliau sekali lagi diberi kepercayaan dan dinaikkanpangkat memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar.

Pada tahun 2000, beliau memutuskan berhijrah untuk menyumbangkanbakti sebagai Pendaftar pertama di Kolej Universiti Islam Malaysia yang kinidikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia sehingga bersara wajib pada
tahun 2009.

Sepanjang perkhidmatan dan kerjaya, beliau telah dianugerahi pelbagaianugerah antaranya Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S) oleh Yang di-PertuanBesar Negeri Sembilan pada tahun 2006 dan Ijazah Kehormat SarjanaDa’wah dan Pengurusan Islam oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselorpada tahun 2019 sempena Majlis Konvokesyen Ke-17 USIM.

Pendaftar Kedua
[Lantikan 2009 hingga kini]

DATO’ MUHAMMAD HAIZUAN ROZALI

YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, merupakan anak kelahiran Temerloh, Pahang dan dilahirkan pada tanggal 12 Ogos 1967. Beliau merupakan anak keduadaripada tujuh bersaudara. Beliaumenerimapendidikan awal di Sekolah MenengahAgama Al-Khairiah, Temerloh, Pahang (1981 – 1983) dan Sekolah MenengahKebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan (1984 –1985). 
       
Beliau seterusnya menyambung pengajian di KolejUgama Sultan Zainal Abidinyang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu,Terengganu (1985 – 1989) sehingga memperolehi Diploma Pengajian Islam (Bahasa  dan Kesusasteraan Arab). Beliau meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga memperolehi Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Psikologi) (1989 – 1993) dan Sarjana Sastera (Psikologi Pembangunan Manusia) (1994 – 1999).

Kerjaya beliau bermula pada 19 September 1993 sebagai Perunding Cara Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga tahun 2000. Mulai Jun 2000, beliau telah mengembangkan kerjaya sebagai Pensyarah di Kolej Universiti Islam  Malaysiasehingga tahun 2002 dan dalam masa yang sama memangku jawatan Timbalan Pendaftar di Bahagian Hal Ehwal Pelajar sebelum menjawat jawatan tersebut secara hakiki sehingga tahun 2007.
Selaras kepemimpinan dan kecemerlangan menerajui Bahagian Hal Ehwal Pelajar, beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pendaftar Kanan mulai tahun 2008 hingga 2009 dan seterusnya menerima mandat untuk
mengetuai hal ehwal pentadbiran Universiti sebagai Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia mulai tahun 2009 hingga kini.

Sepanjang perkhidmatan dan kerjaya, beliau telah dianugerahi pelbagai anugerah  antaranya Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.) oleh Yang di-Pertuan Besar NegeriSembilan pada tahun 2007, Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2011, Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T.) oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 2013 dan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.) pada tahun 2019 yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan Ke-71 Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.