20 April 2026 bersamaan 2 Zulkaedah 1447, Jabatan Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sesi Audit Pemantauan SIRIM 2026 melibatkan pensijilan:
Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memastikan tadbir urus, penyampaian perkhidmatan dan sistem pengurusan sentiasa mematuhi standard kualiti yang ditetapkan, selaras dengan aspirasi kecemerlangan institusi.
Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Khalid Saleman selaku juruaudit atas panduan, penilaian serta teguran membina sepanjang sesi audit berlangsung.
Ucapan penghargaan turut dizahirkan kepada semua warga kerja, urus setia, pegawai serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas komitmen, kerjasama dan kesiapsiagaan dalam menjayakan audit ini dengan lancar dan teratur.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan terus memperkukuh budaya kualiti dan kecemerlangan di USIM.
