Dimaklumkan telah berlangsungnya satu sesi penyerahan cenderamata penghargaan kepada YBhg. Datuk Hj. Md Yahaya Basimin, mantan Ahli Lembaga Pengarah USIM (Wakil Swasta) dengan tempoh lantikan 1 Mac 2023 hingga 28 Februari 2026.
Sesi penyerahan ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM dan diiringi oleh YBrs. Encik Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Pendaftar bagi mewakili Pengurusan Universiti kepada beliau pada 13 Julai 2026 bertempat di Bangunan Canselori USIM.
