Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Jabatan Pendaftar sedang menjalankan kaji selidik di atas yang bertujuan untuk melihat tahap kesihatan mental staf yang dinilai dari tiga elemen iaitu stres, kebimbangan dan kemurungan. Selain itu, kaji selidik ini juga akan mengkaji tahap produktiviti staf-staf USIM dalam melaksanakan kerja masing-masing sepanjang tempoh PKP yang sedang berkuatkuasa.

Hasil kajian ini akan membantu staf-staf yang didapati mengalami tahap stres, kebimbangan dan kemurungan yang kritikal untuk menjalani bimbingan psikologi dan kaunseling bersama Kaunselor. Selain itu, Pengurusan Universiti juga akan memantau pelaksanaan skop tugas dan produktiviti setiap PTj bagi memastikan semua warganya kekal produktif walaupun bekerja dari rumah dalam tempoh PKP ini.

Justeru, dimohon perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan warga USIM untuk menjawab kaji selidik tersebut melalui link yang diberikan di bawah ini.

bit.ly/sihatmentaldanproduktif