6 April 2026
Alhamdulillah, satu pertemuan telah diadakan antara YBrs. Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), USIM bersama Jabatan Pendaftar bagi membincangkan idea berkaitan pembangunan dan penerapan AI Syariah dalam konteks governan Universiti.
Perbincangan ini membuka ruang kepada penerokaan potensi integrasi teknologi kecerdasan buatan yang selari dengan prinsip Syariah, khususnya dalam memperkukuh tadbir urus yang lebih beretika, telus serta berimpak tinggi.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM; YBrs. Encik Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Pendaftar; Ketua-Ketua Bahagian di Jabatan Pendaftar; serta Encik Muhamad Ikmal Firdaus Mustafa, Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah atas kesudian berkongsi pandangan, idea serta hala tuju yang amat bernilai dalam memperkasa agenda ini.
Semoga inisiatif ini menjadi titik permulaan ke arah pembangunan ekosistem AI yang berteraskan nilai dan prinsip Islam.