18 Mac 2020 – Selaras dengan perutusan YAB Perdana Menteri yang telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar (JP) USIM masih beroperasi seperti biasa kerana mengambil kira perkhidmatan kritikal universiti yang tidak boleh terjejas. Sehubungan dengan itu, staf JP telah diarahkan untuk bekerja di pejabat secara bergilir mengikut jadual bagi tempoh tersebut. Sebarang pertanyaan/urusan boleh terus ke kaunter di Jabatan Pendaftar untuk bantuan. Sekian, harap maklum.