14 April 2020 –  Dimaklumkan bahawa syarikat kurier luar termasuk pihak Pos Malaysia tidak dibenarkan membuat sebarang penghantaran barang, dokumen dan bungkusan peribadi ke Pejabat Mel USIM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa. Pihak Pejabat Mel USIM akan menguruskan pengambilan dokumen dan surat rasmi sahaja di Pejabat Pos atau Pos Laju.

Sehubungan dengan itu, semua barang, dokumen dan bungkusan peribadi milik staf perlulah diambil sendiri sama ada di Pejabat Pos Laju atau syarikat-syarikat kurier yang berkaitan. Pejabat Mel USIM tidak akan bertanggungjawab terhadap pengambilan barang, dokumen dan bungkusan peribadi staf sepanjang tempoh PKP ini. Sebarang kehilangan atau keciciran barang, dokumen dan bungkusan peribadi sepanjang tempoh PKP ini adalah di bawah tanggungjawab staf sendiri.

Sekian, dimaklumkan.