Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Sempena Program National Training Week (NTW) 2025 kepada Dato’ Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia.
Bagi meraikan kejayaan dan penghargaan yang diterima oleh USIM di peringkat kebangsaan sempena Majlis Penutupan National Training Week 2025 yang berlangsung pada 21 Jun lalu di Ipoh Convention Centre, Perak.
NTW 2025 telah melakar sejarah tersendiri apabila mencatat lebih 3.2 juta penyertaan, melangkaui sasaran asal 1 juta peserta. Lebih 71,000 kursus latihan telah dilaksanakan sepanjang minggu tersebut, termasuk program berimpak tinggi yang disokong oleh kerjasama pelbagai penyedia latihan dari seluruh negara.
USIM telah diberi penghargaan sebagai Penyedia Latihan “Outstanding Support”, dan bagi pihak universiti, penghargaan ini telah diterima oleh En. Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Pendaftar. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Naib Canselor dan wakil HRDC Negeri Sembilan atas kesudian hadir dan menerima simbol penghargaan ini bagi pihak Universiti Sains Islam Malaysia.
Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita semua untuk memperkasa budaya latihan dan pembangunan kompetensi dalam kalangan warga USIM.
