PROGRAM USIM CEMERLANG USIM DISAYANG 2.0
Tarikh: 10 dan 11 April 2025 (Khamis dan Jumaat)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Aras 2, Dewan Auditorium, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
Program USIM Cemerlang USIM Disayang adalah inisiatif di bawah Program Kepimpinan Utama (LEAD) yang bertujuan memperkasakan kelompok bakat Universiti melalui pembangunan Kompetensi Kepimpinan Utama. Peserta adalah terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran yang menyandang Jawatan Khas Pentadbiran (JKP) bagi sesi 2025/2026. Program ini menyasarkan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan USIM yang berintegriti, berwawasan, dan komited.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir.
Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kamu
adalah pemimpin, dan setiap kamu akan
dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya…” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anjuran:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar, USIM
