Tarikh: 1 Hingga 3 Mac 2019 | Tempat: Klana Resort Seremban
Unit Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar USIM telah menganjurkan Kursus Sijil Pentadbiran Universiti Tahap 1 di bawah Program Pembangunan Bakat Pelan Penggantian USIM yang bertujuan untuk memperkasakan kepimpinan kelompok bakat pe;an penggantian USIM selaras dengan 10 lonjakan yang dihasratkan dalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025 (Pendidikan Tinggi) dan seterusnya merealisasikan Visi dan Misi USIM.
Kursus ini telah diadakan di Klana Hotel Resort, Seremban pada 1 hingga 3 Mac 2019. Seramai 32 orang peserta terdiri daripada mereka yang memegang jawatan pentadbiran Khas mengikuti kursus pada kali ini.