Kursus Komunikasi Berkesan (Pengacaraan Majlis) merupakan salah satu kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran komunikasi staf USIM terutama dalam pengacaraan majlis. Kursus anjuran Seksyen Latihan dan Pembangunan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar ini telah diadakan pada tarikh 14 April 2025 (Isnin) bertempat di Executive Lounge Aras 6, Bangunan Canselori, USIM. Disampaikan oleh Penceramah, En Mohd Nizam Hashim, PPUKM.