Pesara/penerima pencen boleh melantik seorang wakil diri untuk membantu beliau dalam urusan pencen dengan bank. Tetapi pelantikan wakil diri hanya dibenarkan di bawah Skim B sahaja. Untuk melayakkan wakil diri dilantik, pesara/penerima pencen tersebut mestilah seorang yang uzur dan keadaan keuzurannya perlu dibuktikan melalui surat pengesahan oleh sama ada Pegawai Perubatan Kerajaan atau doktor swasta, atau Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Daerah. Pesara/penerima pencen perlu memohon kepada Bahagian Pencen JPA untuk pelantikan wakil diri tersebut melalui Borang (JPA.BP.SKP.B07). Pelantikan wakil diri adalah sah untuk tempoh setahun dan boleh diperbaharui jika masih diperlukan oleh pesara/penerima pencen.