Kemukakan permohonan tempahan tiket pulang melalui fakulti/ pusat satu (1) bulan sebelum tarikh penerbangan ke Malaysia (bagi yang belajar di luar negara). Sila lapor diri di Seksyen Latihan dan Pembangunan selewat-lewatnya sehari selepas kapal terbang mendarat di KLIA atau selewat-lewatnya sehari selepas tarikh tamat pengajian atau tamat tempoh cuti belajar bagi yang belajar di Malaysia.
Beberapa borang perlu dilengkapkan dan menyerahkan dua salinan tesis berjilid keras dan salinan passport tuan/puan dan/atau keluarga ke Seksyen Latihan dan Pembangunan dan seterusnya perlu berjumpa dengan Dekan/ Pengarah untuk memohon Cuti Tanpa Rekod selama 7 hari (termasuk Sabtu dan Ahad, dikira sehari selepas kapal terbang mendarat dan tertakluk kepada perakuan Ketua Jabatan/Dekan).
Tuntutan elaun tesis adalah tanggungjawab staf sendiri dengan pihak KPTM dengan menghantar borang dan salinan tesis ke KPM.