- Diberikan kepada staf akademik yang menyambung pengajian di peringkat Ph.D yang benar-benar memerlukan dan telah diluluskan bercuti belajar di luar/ dalam Negara dengan Biasiswa KPTM.
- Kemudahan adalah salah satu sahaja iaitu sama ada mengutip data atau membentang kerja di persidangan antarabangsa. Bagi pengajian dalam Negara hanya pembentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa sahaja dibenarkan.
- Telah menyediakan kertas cadangan/ proposal yang memasukkan kutipan data di Malaysia atau pembentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa dalam permohonan bercuti belajar.
- Kutipan data/ pembentangan kertas kerja yang dibuat berkaitan dengan bidang pengajian.
- Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh pulang mengutip data di Malaysia/ membentang kertas kerja di persidangan antarabangsa.
- Kemudahan pembiayaan untuk menghadiri dan membentangkan kertas penyelidikan di seminar peringkat antarabangsa, yang sebelum ini hanya dibenarkan dalam kawasan (regional) yang ditetapkan, diperluaskan ke kawasan/ negara lain tetapi tertakluk kepada kadar maksimum RM5000 termasuk tambang, penginapan, makan dan yuran persidangan.
- Dokumen Permohonan Diperlukan :-
a) Surat permohonan.
b) Surat sokongan Penyelia.
c) Surat sokongan Dekan.
d) Jadual perancangan (bagi kutip data di Malaysia sahaja)
e) Surat setuju terima daripada organisasi/ penganjur seminar berkaitan.
f) Borang permohonan KPTM.
g) Permohonan yang dikemukakan tanpa maklumat/lampiran yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.