Nilai, 25 September 2023 – Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Universiti telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3.

Majlis dimulakan dengan persembahan dari 12 kumpulan yang bertanding untuk meraih gelaran juara dengan membawa pulang hadiah bernilai RM1000 dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor.

Pasukan dari Jabatan Pendaftar turut bertanding dengan mempersembahkan tarian bendera sambil diiringi oleh lagu Jalur Gemilang.

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti berjaya menjadi juara pada tahun ini.