SESI KUNJUNG HORMAT USIM KE NSILC NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 16 Januari 2026 (Jumaat)
Lokasi: PEJABAT NSILC,N.9
Sesi Kunjung Hormat Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, USIM ke Negeri Sembilan Industrial Liaison Council (NSILC) di Pejabat NSILC Senawang, Negeri Sembilan.
Kunjung hormat ini meneroka peluang kerjasama di antara USIM dan NSILC dari aspek latihan dan pembangunan melibatkan industri dan komuniti. Membincangkan beberapa objektif yang telah ditentukan sebagai usaha meluaskan rakan strategik industri Jabatan Pendaftar.
Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana memberikan komitmen penuh sepanjang sesi kunjung hormat ini
