INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD DENGAN PENGGUNAAN DDMS 2.0 – PUSAT ISLAM, CETL & USIM ALAMIYYAH
Pusat Islam pada 20 Mei 2025. CETL & USIM Alamiyyah – 15 Julai 2025
Pelaksanaan inspektorat ini bertujuan memantau pematuhan dan keakuran kepada peraturan, dasar dan standard pengurusan rekod yang sedang berkuat kuasa serta menilai dan mengukur prestasi pengurusan rekod di Pusat Tanggungjawab.
Terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua pegawai dan staf yang terlibat.
Diharapkan segala penemuan dapat diambil tindakan ke arah penambahbaikan pengurusan rekod yang lebih teratur. Semoga kita sama-sama dapat memastikan tadbir urus rekod yang efisien dan efektif di Universiti ini.