Perlindungan Data Peribadi
Sejajar dengan peruntukan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, maka kami UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, sebuah universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 menzahirkan komitmen dan tanggungjawab kami kepada subjek data (pelanggan) kami seperti berikut:
Komitmen dan Tanggungjawab Kami Terhadap Pelanggan
Kami beriltizam akan memproses dan mengendalikan data peribadi berdasarkan hak-hak subjek data kami seperti berikut:
Hak untuk diberitahu sama ada data peribadi diproses oleh kami Universiti Sains Islam Malaysia sendiri atau oleh pihak ketiga;
Hak untuk mengakses data peribadi;
Hak untuk membetulkan data peribadi;
Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi;
Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi;
Hak untuk menghalang pemprosesan data peribadi yang mungkin menyebabkan kerosakan atau kesulitan; dan
Hak untuk menghalang pemprosesan data peribadi yang bermaksud untuk pemasaran langsung.
Hak Kami Sebagai Pengguna Data
Kami sebagai pengguna data, berhak terhadap yang berikut:
Hak untuk memproses data peribadi setelah memperolehi kebenaran subjek data;
Boleh terus memproses data peribadi untuk melaksanakan sesuatu kontrak yang mana subjek data adalah suatu pihak kepadanya;
Boleh terus memproses data peribadi atas permintaan subjek data untuk membuat sesuatu kontrak;
Boleh terus memproses data peribadi untuk melindungi kepentingan vital subjek data;
Boleh terus memproses data peribadi untuk memenuhi obligasi undang-undang yang mana subjek data tertakluk kepadanya;
Boleh terus memproses data peribadi untuk mentadbirkan keadilan;
Boleh terus memproses data peribadi untuk menjalankan fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang atau di bawah mana-mana undang-undang;
Boleh mengenakan bayaran fi yang ditetapkan kepada subjek data atas permintaan untuk mengakses data peribadinya;
Boleh enggan mematuhi permintaan subjek data untuk mengakses data peribadinya dengan memaklumkan subjek data secara bertulis dalam tempoh yang ditetapkan.
Langkah Keselamatan Praktikal Secara Fizikal
Dokumen-Dokumen Rujukan
Dokumen-dokumen sebagai rujukan untuk warga USIM :