A. Staf Lantikan Tetap/Kontrak (Warganegara)
-
Pasangan (suami atau isteri)
-
Anak-anak yang berkelayakan yang berumur di bawah 18 tahun dan anak-anak di bawah umur 21 tahun (masih menuntut sepenuh masa di Kolej / Universiti). Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Ianya tidak mengambilkira sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum atau selepas had umur di bawah tanggungan seperti yang ditetapkan. Istilah “anak” akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.
B. Staf Lantikan kontrak (bukan warganegara)
-
Pasangan (suami atau isteri)
-
Tiga (3) orang anak yang berusia 18 tahun ke bawah yang diisytiharkan kepada kepada Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar