- Sekiranya staf gagal menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, staf hendaklah membuat permohonan penambahan masa kepada Universiti enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pengajian.
- Permohonan bertulis dari staf kepada Urusetia Unit Cuti Belajar USIM hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:-
- Membuat surat permohonan melalui ketua jabatan/Dekan dengan memberi butir-butir tentang lanjutan tempoh diperlukan serta sebab-sebabnya.
- Menyertakan perakuan/sokongan secara bertulis oleh Penyelia atau tempat calon berkursus.
- Menyertakan senarai mata pelajaran yang diambil dan keputusan Peperiksaan atau laporan kemajuan penyelidikan dari tarikh Staf memulakan kursus sehingga ke tarikh permohonan itu dibuat (bagi kursus secara kerja kursus/syarahan).
- Mengemukakan jadual perancangan kerja (plan of study) bagi tempoh yang dipohon
- Mengisi borang perlanjutan KPTM.
iii. Kegagalan mengemukakan permohonan dalam masa yang ditetapkan dan atau mengemukakan permohonan yang kurang lengkap boleh menyebabkan permohonannya ditolak/lewat diproses.
iv. Apa-apa tambahan masa atau lanjutan tempoh tidak semestinya disertai dengan pemberian segala kemudahan atau faedah sepenuhnya yang boleh diberi di bawah syarat-syarat Cuti Belajar/ melanjutkan pelajaran ini.