1. Diberikan kepada staf akademik yang menyambung pengajian di peringkat Ph.D yang benar-benar memerlukan dan telah diluluskan bercuti belajar di luar/ dalam Negara dengan Biasiswa KPTM.
  2. Kemudahan adalah salah satu sahaja iaitu sama ada mengutip data atau membentang kerja di persidangan antarabangsa. Bagi pengajian dalam Negara hanya pembentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa sahaja dibenarkan.
  3. Telah menyediakan kertas cadangan/ proposal yang memasukkan kutipan data di Malaysia atau pembentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa dalam permohonan bercuti belajar.
  4. Kutipan data/ pembentangan kertas kerja yang dibuat berkaitan dengan bidang pengajian.
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh pulang mengutip data di Malaysia/ membentang kertas kerja di persidangan antarabangsa.
  6. Kemudahan pembiayaan untuk menghadiri dan membentangkan kertas penyelidikan di seminar peringkat antarabangsa, yang sebelum ini hanya dibenarkan dalam kawasan (regional) yang ditetapkan, diperluaskan ke kawasan/ negara lain tetapi tertakluk kepada kadar maksimum RM5000 termasuk tambang, penginapan, makan dan yuran persidangan.
  7. Dokumen Permohonan Diperlukan :-

a)  Surat permohonan.
b)  Surat sokongan Penyelia.
c)  Surat sokongan Dekan.
d)  Jadual perancangan (bagi kutip data di Malaysia sahaja)
e)  Surat setuju terima daripada organisasi/ penganjur seminar berkaitan.
f)  Borang permohonan KPTM.
g)  Permohonan yang dikemukakan tanpa maklumat/lampiran yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.