Biasiswa KPM adalah biasiswa yang ditaja oleh pihak KPM melalui Skim-skim seperti SLAB, SLAI, SPLIT, Post-Doktoral dan Sub Kepakaran. Biasiswa SLAB hanya terbuka kepada Bumiputera sahaja untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan Ph.D. Manakala, biasiswa SLAI terbuka kepada semua kaum untuk melanjutkan pengajian peringkat Ph.D.

Biasiswa Universiti pula ditaja oleh pihak USIM. Pada kebiasaannya, biasiswa Universiti diberikan pada staf yang tidak mendapat biasiswa KPTM atau semasa dilantik sebagai staf Universiti mereka telah hampir tamat pengajian pada peringkat Ph.D/Sarjana Kepakaran/Sarjana atau telah lebih dari had umur kelayakan Biasiswa KPM. Biasiswa Universiti juga diberikan kepada staf pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Guru Bahasa.