Cuti Belajar adalah didefinisikan sebagai Cuti Belajar yang dilulus oleh Kerajaan kepada seseorang Staf bagi mengikuti Kursus Latihan atau Pengajian. Dalam tempoh tersebut, seseorang staf itu dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus secara sepenuh masa dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.
Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa pula adalah bermaksud tempoh berkursus di mana staf memperolehi gaji sepenuhnya seperti yang ia berkelayakan sebelum berkursus serta penajaan (Biasiswa/Hadiah Latihan) bagi pembiayaan yuran pengajian dan lain-lain elaun yang ia berkelayakan semasa berkursus.
Dalam konteks USIM – Cuti Belajar ialah tempoh di mana seseorang staf dibenarkan meninggalkan tugasnya untuk berkursus secara sepenuh masa untuk mendapatkan sijil/ kelayakan yang lebih tinggi daripada kelulusan asalnya dengan keizinan Universiti dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.