Tanggungan pesara yang layak dibayar pencen terbitan ialah –

  • balu atau balu-balu atau duda (bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);
  • anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen terbitan melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.