Di dalam setahun (Januari – Disember) terdapat empat (4) kali Pergerakan Gaji Tahunan(PGT) secara biasa iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober bergantung kepada tarikh lantikan atau tarikh kenaikan pangkat. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.1/2016 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2016 Contohnya:
i) Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/1 – 31/3 : PGT Januari
ii) Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/4 – 30/6 : PGT April
iii) Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/7 – 30/9 : PGT Julai
iv) Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/10 – 31/12 : PGT Disember