SPAN 2.0
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0)
Universiti Sains Islam Malaysia
Pengenalan SPAN 2.0 USIM
SPAN 2.0 adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Amalan Nilai versi 2.0 yang merupakan penambahbaikan kepada Sistem Pengurusan Audit Nilai versi 1.0 (SPAN 1.0) yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). SPAN 2.0 merupakan pengurusan amalan nilai secara hoslitik bagi meningkatkan tahap pengamalan nilai dan integriti dalam kalangan pegawai awam serta memberi keutamaan kepada program penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai di peringkat individu dan organisasi. Pelaksanaan SPAN 2.0 di USIM adalah berdasarkan kepada Arahan YAB Perdana Menteri Siri 3 No. 1 Tahun 2021 yang dikeluarkan pada 24 Mac 2021 dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bilangan 23 Tahun 2021 bertarikh 13 Julai 2021

OBJEKTIF SPAN 2.0
Pengurusan amalan nilai yang komprehensif, berstruktur dan seragam
Perkhidmatan awam yang mengutamakan pembudayaan nilai murni di tempat kerja
Penjawat awam yang menjadikan nilai-nilai murni sebagai amalan dalam melaksanakan tugas
6 Ciri-Ciri Amalan Nilai

Definisi Ciri-Ciri Nilai Dalam
Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0)
(AMANAH)
- Sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya
- Kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang.
- Kepercayaan, boleh dipercayai, jujur.
- Menggunakan waktu pejabat secara optimum;
- Menyiapkan kerja tanpa lengah; dan
- Tidak menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja-kerja persendirian yang mengurangkan produktiviti.
- Tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri;
- Berhati-hati dalam pengurusan belanjawan (harta Kerajaan) tanpa pembaziran; dan
- Tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan pihak tertentu.
- Jujur, boleh dipercayai dan bertanggungjawab;
- Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah; dan
- Teliti dalam menjalankan tugas.
Definisi Ciri-Ciri Nilai Dalam
Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0)
(BENAR)
- Tidak salah; betul.
- Tepat
- Mengasaskan kehidupan atas kebenaran (hak) sama ada bercakap benar dan melakukan yang benar di samping memerangi prasangka serta mengetepikan khabar angin dan rasa ragu-ragu.
- Tidak menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja-kerja persendirian;
- Menggunakan waktu pejabat secara produktif; dan
- Pengurusan masa yang efektif dalam melaksanakan tugas.
- Membelanjakan harta awam mengikut peraturan yang ditetapkan;
- Tidak melakukan kerja peribadi dengan berselindung di sebalik tugas rasmi; dan
- Melaksanakan tugas dengan tepat, betul dan tidak keliru.
- Benar dalam niat dan tutur kata;
- Benar dalam melaksanakan tugas; dan
- Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan.
Definisi Ciri-Ciri Nilai Dalam
Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0)
(BIJAKSANA)
- Berakal budi, arif, pandai, cerdik dan berhati-hati.
- Tentang selok belok (teknik) mengerjakan sesuatu sehingga menjadi daya penggerak menghasilkan kualiti kerja yang berfaedah dan berkesan.
- Menggunakan masa untuk meningkatkan pengetahuan supaya dapat memantapkan dan meningkatkan nilai tambah kompetensi diri;
- Menggunakan masa untuk menghasilkan kerja yang baik; dan
- Menggunakan masa untuk meningkatkan kreativiti dan produktiviti.
- Membuat keputusan dengan pemikiran yang dinamik;
- Menggunakan idea untuk menghasilkan kerja yang baik dan meningkatkan prestasi organisasi; dan
- Berupaya menjalinkan perhubungan diplomatik antara pelbagai pihak untuk kepentingan tugas.
- Tenang menghadapi tugas dan masalah;
- Mengimbangi pekerjaan dan kehidupan secara bijaksana; dan
- Berilmu dan beramal.
Definisi Ciri-Ciri Nilai Dalam
Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0)
(ADIL)
- Memberi kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar masing-masing, atau meletakkan sesuatu di tempatnya.
- Ia juga menggambarkan keberanian untuk menilai diri sendiri dan orang lain secara tegas berasaskan ilmu yang benar-benar bijaksana iaitu sama rata atau tidak memihak kepada mana-mana pihak.
- Menyebelahi pihak yang benar (bukan sesuatu, seseorang, tindakan, undangundang, keputusan).
- Meletakkan sesuatu pada tempat yang betul (bukan sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan).
- Menguruskan tugas mengikut keutamaan;
- Mengimbangi masa untuk kepentingan perkhidmatan dan peribadi; dan
- Merancang dan menguruskan tugas agar tidak membebankan orang lain.
- Memberi penghargaan sewajarnya kepada yang layak tanpa unsur peribadi;
- Adil dalam semua tindakan tanpa mengira kedudukan; dan
- Bertimbang rasa dan tegas dalam pemberian tugas.
- Sentiasa berlaku adil kepada diri dan orang lain;
- Bertanggungjawab terhadap tutur kata dan perbuatan; dan
- Bersikap adil apabila membuat pertimbangan.
Definisi Ciri-Ciri Nilai Dalam
Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0)
(TELUS)
- Setiap tindakan dan keputusan dibuat tanpa dipengaruhi sebarang unsur dalaman dan luaran serta melalui proses yang jelas dan nyata. Setiap maklumat juga perlu dihebahkan kepada pihak yang berhak selagi tidak bercanggah dengan undangundang dan peraturan.
- Mudah difahami atau diketahui (tiada hal yang tersembunyi, disangsikan dan sebagainya).
- Memperuntukkan masa untuk menerangkan mengenai prosedur atau peraturan apabila perlu;
- Melaksanakan tugas mengikut peraturan dan prosedur walaupun perlu disegerakan; dan
- Penghebahan maklumat yang benar dan disahkan sumbernya perlu dilakukan dengan segera.
- Melaksanakan tugas mengikut prosedur dan peraturan;
- Mengelakkan daripada membuat keputusan mengikut budi bicara; dan
- Memberi arahan dengan jelas dan berhemah.
- Berterus terang tanpa berselindung;
- Berterus terang dalam tindakan tanpa dipengaruhi selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan; dan
- Komited kepada tugas dan tanggungjawab.
Definisi Ciri-Ciri Nilai Dalam
Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0)
(BERSYUKUR)
- Kesediaan dan dengan rasa rendah diri mengakui sebarang nikmat Tuhan dan berterima kasih kepadaNya. Sikap terima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah yang diperolehi serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima.
- Berterima kasih
- Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menyelesaikan tugas;
- Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan orang lain demi kepentingan perkhidmatan; dan
- Menggunakan waktu bekerja secara produktif untuk memperoleh keseronokan bekerja.
- Komited dalam melaksanakan tugas;
- Bersyukur dan bersikap rendah diri dengan jawatan/kedudukan yang dimiliki; dan
- Menghargai kejayaan dan pencapaian rakan sekerja sebagai satu pasukan.
- Sentiasa bersyukur dengan pencapaian diri;
- Kerja sebagai satu ibadah; dan
- Sentiasa menghargai kejayaan dan pencapaian diri dan orang lain.
Pelaksanaan SPAN 2.0 (Tahun 2025)
Pengurusan Program Nilai (Januari–Disember 2025)
Pengauditan Nilai
Maklum Balas Pelanggan (Januari – Disember 2025)
Nilai Ideal, Peribadi, Organisasi (01 September – 30 Novermber 2025)
Rekod Amalan Nilai (Januari – Disember 2025)

Lima Instrumen iNSAN
Rekod Amalan Nilai :

