Soalan Lazim
- Buku Rekod Perkhidmatan
- Gaji
- HRMIS
- Imigresen
- Kaunseling Staf
- Kemaskini Maklumat Staf
- Kenaikan Pangkat
- Lapor Diri
- Pekerja Sambilan Harian (PSH)
- Pengesahan dalam Perkhidmatan
- Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
- Peperiksaan Perkhidmatan
- Perisytiharan Harta
- Perjalanan Staf
- Permohonan Jawatan
- Persaraan & Pencen
- Perubatan Staf
- Pinjaman Perumahan
- Sasaran Kerja Tahunan (SKT) & Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
- Temu Duga
- Urusan Cuti
- Urusan Cuti Belajar
- Urusan Latihan
Tidak.
Tidak boleh.
Sekiranya peraturan ini gagal dipatuhi maka :
-
USIM tidak akan membayar lebihan caj yang dikenakan; dan
- Klinik Panel akan bertanggungjawab terhadap lebihan kadar rawatan tersebut dan hendaklah menuntut lebihan caj daripada staf itu sendiri.
Klinik Panel USIM hanya boleh mengenakan caj rawatan melebihi RM60.00 bagi setiap rawatan sekiranya penyakit / rawatan yang diberikan oleh klinik panel merupakan penyakit kronik, seperti mana yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Rawatan Skim Kemudahan Perubatan Staf di Klinik Panel USIM.
Tidak ada. Hanya maklumat staf bertaraf tetap sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam HRMIS kerana maklumat tersebut diperlukan bagi urusan pencen.
Tidak dan ianya akan diambil kira sebagai khidmat masyarakat dalam bidang kepakaran.
Tidak. Kumulatif penerbitan yang diambil kira adalah sejak dalam pelantikan sebagai Pensyarah sahaja.
Tidak boleh. Peruntukan hanya untuk pegawai dan ahli keluarga hanya sekali setahun bagi setiap orang.
Berkuat kuasa 19 Disember 2022, permohonan perisytiharan harta adalah secara atas talian
Ya, semua staf USIM (tetap/kontrak) adalah diwajibkan untuk membuat perisytiharan harta kepada USIM. Maklumat harta staf akan dirujuk/digunakan di dalam sistem HRMIS bagi staf lantikan tetap
PSH tidak layak dibayar Elaun Imbuhan Tetap dan Bantuan Sara Hidup.
PSH tidak diperuntukkan kemudahan Cuti Rehat dan tidak layak dibayar upah pada hari PSH tidak hadir bertugas.
PSH hanya layak menuntut elaun menjalankan tugas rasmi di dalam negeri seperti berikut:
i) Elaun perjalanan kenderaan;
ii) Bayaran sewa hotel/elaun lojing;
iii) Elaun harian; dan
iv) Elaun makan.
PSH tidak layak menuntut elaun menjalankan tugas di dalam negeri selain daripada apa yang dinyatakan di atas.
Tiada. Pihak Universiti tidak ada meletakkan kuota tertentu untuk penempatan bagi jawatan naik pangkat secara lantikan melainkan wujudnya kekosongan bagi jawatan tersebut. Maka Pegawai boleh memohon dan dipertimbangkan untuk panggilan temuduga.
Sila kemukakan dokumen berikut :
- Surat permohonan
- Borang Perubatan JPA 1/09 (Bahagian IV perlu dilengkapkan oleh pegawai perubatan Kerajaan)
- Sebutharga ATAU resit ASAL (jika telah membuat pembayaran)
secara hantaran tangan atau pos kepada:
Bahagian Governan dan Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar, Aras 2, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia.Ya, staf yang tidak mempunyai harta atau tambahan harta, perlu mengisi Pengakuan Tiada Perubahan Ke Atas Pemilikan Harta. (Ini adalah bagi kes selepas Perkara 6 selesai)
Ya, bagi tujuan rekod dan kesahihan maklumat.
Segala perbincangan di dalam sesi kaunseling tidak akan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan tetapi hanya akan direkod di dalam rekod kaunseling hanyalah untuk kegunaan dan rujukan kaunselor berkenaan sahaja.
Staf kontrak bukan warnanegara layak mendapat kemudahan Cuti Isteri Bersalin (Cuti Tanpa rekod) berdasarkan Garis Panduan Permohonan Cuti Gantian
Staf kontrak bukan warganegara layak mendapat kemudahan cuti bersalin berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017 – Kemudahan Cuti Bersalin kepada Pegawai Kontrak bukan Warganegara yang Dilantik Secara Kontrak (Contract of Service).Tempoh cuti bersalin yang layak dimohon oleh staf kontrak bukan warganegara adalah maksimum 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
Ya
Contoh pengisian borang perisytiharan harta boleh dimuat turun menerusi eDocs > Dokumen Jabatan > Jabatan Pendaftar > Borang > Perisytiharan Harta > Manual Perisytiharan Harta
Tidak, ia diuruskan oleh Unit Gaji Jabatan Bendahari.
Terdapat 2 bahagian iaitu:
Subjek Utama
- Bahagian I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan Dan Tatacara Pengurusan Stor
- Bahagian II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
- Bahagian III – Undang-undang Umum**
** Senarai topik/bahan rujukan Undang-undang adalah berbeza mengikut jawatan.
Subjek Jabatan
- Mengikut kompetensi yang diperlukan untuk jawatan PSL dan lebih kepada teori dan skop kerja bagi jawatan tertentu.
Kegagalan staf mengemaskini SKT dalam sistem e-Sekata akan memberi kesan kepada pengisian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) staf.
Pembayaran elaun yang dibayar oleh USIM akan ditahan dengan serta merta sehingga laporan prestasi yang terkini diterima. Boleh menjejaskan pertimbangan perlanjutan tempoh pengajian, pengesahan dalam perkhidmatan, kenaikan pangkat dan kenaikan gaji tahunan, sekiranya laporan tersebut tidak dihantar mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan.
Sekiranya staf tidak menyelesaikan LNPT pada tahun penilaian, akan memberi implikasi kepada kenaikan gaji tahunan (KGT), penyambungan kontrak, kenaikan pangkat dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
i) Pas Tanggungan
a) Isteri/Suami kepada pegawai dagang
b) Anak pegawai dagang di bawah umur 21 tahun
c) Anak angkat yang sah
d) Anak cacat
ii) Pas Lawatan Sosial
a) Ibu/Bapa pegawai dagang
b) Common Law wife (yang disahkan oleh kedutaan)
c) Anak berumur lebih 21 tahun
d) Anak tiri
iii) Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang)
a) Suami/Isteri kepada pegawai dagang (Pemegang pas lawatan kerja sementara)
b) Anak yang berumur lebih daripada 21 tahun
c) Semua permohonan perlu mengemukakan bukti pertalian yang disahkan oleh kedutaan/mahkamah
Kelayakan pinjaman perumahan boleh dilihat di dalam jadual borang pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia seperti di bawah iaitu kelayakannya adalah berdasarkan gaji pokok sahaja tidak termasuk apa-apa elaun. Rujukan juga boleh dibuat di http://www.lppsa.gov.my.
-
Darah Tinggi
-
Kencing Manis
-
Kolesterol Tinggi
-
Asthma
Staf atau tanggungan yang menghidap penyakit kronik di atas sahaja dibenarkan mendapatkan rawatan perubatan melebihi RM60.00 dengan syarat penyakit / rawatan tersebut disahkan oleh Klinik / Hospital Kerajaan atau Klinik Panel USIM di mana staf atau tanggungan mendapatkan rawatan. Sebarang tuntutan lebihi caj tanpa disertakan dokumen sokongan tidak akan diproses untuk bayaran.
Biasiswa KPM adalah biasiswa yang ditaja oleh pihak KPM melalui Skim-skim seperti SLAB, SLAI, SPLIT, Post-Doktoral dan Sub Kepakaran. Biasiswa SLAB hanya terbuka kepada Bumiputera sahaja untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan Ph.D. Manakala, biasiswa SLAI terbuka kepada semua kaum untuk melanjutkan pengajian peringkat Ph.D.
Biasiswa Universiti pula ditaja oleh pihak USIM. Pada kebiasaannya, biasiswa Universiti diberikan pada staf yang tidak mendapat biasiswa KPTM atau semasa dilantik sebagai staf Universiti mereka telah hampir tamat pengajian pada peringkat Ph.D/Sarjana Kepakaran/Sarjana atau telah lebih dari had umur kelayakan Biasiswa KPM. Biasiswa Universiti juga diberikan kepada staf pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Guru Bahasa.
Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor yang terlatih dan klien di mana akhirnya klien akan mengalami satu perubahan tingkah laku yang positif manakala nasihat cuma sesi mendapatkan bantuan nasihat daripada seseorang yang tidak terlatih.
Staf perlu melengkapkan borang yang boleh dicapai dalam Sistem myTRAMS setelah diiklankan dalam INFOPRO. Pertimbangan kelulusan akan diberikan setelah mendapatkan perakuan PPP masing-masing. Makluman kelulusan akan dimaklumkan kepada staf melalui web mail USIM dan Sistem myTRAMS. Sila lengkapkan Borang Keberkesanan Latihan setelah menghadiri kursus.
Staf perlu melengkapkan borang yang boleh dicapai dalam Sistem myTRAMS. Setelah mendapatkan perakuan PPP masing-masing, maklumat kursus luar yang dipohon perlu dihantar ke Unit Pembangunan Modal Insan (Seksyen Latihan dan Pembangunan) untuk tindakan lanjut. Makluman lanjut akan dimaklumkan kepada pemohon melalui Sistem myTRAMS. Laporan kursus luar dan Borang Keberkesana Latihan perlu dilengkapkan dalam Sistem myTRAMS
- Pasport pegawai dan tanggungan
- Sijil Kelahiran pegawai dan tanggungan yang telah disahkan oleh Kedutaan Negara pegawai
- Surat tawaran asal
- Perjanjian kontrak yang telah dilengkapkan
- Borang Permohonan Imigresen (DP11)
- Empat (4) keping gambar berukuran pasport pegawai dan tanggungan
Terdapat enam (6) skim perkhidmatan yang boleh dipohon oleh calon bagi Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL) iaitu :
- Pengawal Keselamatan KP11
- Pembantu Keselamatan KP17
- Penolong Akauntan W27
- Penolong Pengurus Asrama N27
- Penolong Pegawai Tadbir N27
- Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27.
Syarat untuk membuat pinjaman perumahan kali pertama adalah pegawai perlu terlebih dahulu disahkan dalam jawatan. Jika pegawai belum disahkan dalam jawatan tetapi pernah berkhidmat di agensi kerajaan lain dan telah disahkan dalam jawatan pada jawatan dan gred yang sama serta mendapat pelepasan dengan izin, maka pegawai juga layak membuat pinjaman perumahan.
Syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti berikut:
i) Tertakluk kepada kekosongan jawatan;
ii) Disahkan dalam perkhidmatan;
iii) Mencapai tahap prestasi yang baik; dan
iv) Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Syarat-syarat menduduki Peperiksaan Perkhidmatan ialah staf yang ingin memohon mestilah bertaraf tetap dan telah diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan staf boleh didapati melalui sistem eDocs :
Senarai syarat dan kecukupan dokumen bagipermohonan cuti belajar bagi staf dan Felo Siswazah USIM adalah seperti berikut:-
Bil. |
Syarat Dan Kecukupan Dokumen |
Dalam Negara |
Luar Negara |
|
Warganegara |
Perlu |
Perlu |
|
Umur
Sarjana – 45 tahun Ph.D – 43 Tahun |
Perlu |
Perlu |
|
Kursus Metodologi Penyelidikan |
Perlu |
Perlu |
|
Borang Permohonan Cuti Belajar |
Perlu |
Perlu |
|
Curriculum Vitae |
Perlu |
Perlu |
|
Salinan Sijil Akademik |
Perlu |
Perlu |
|
Surat Tawaran Universiti Dimohon |
Perlu |
Perlu |
|
Kertas Cadangan Penyelidikan |
Perlu |
Perlu |
|
Salinan Kad Pengenalan Calon |
Perlu |
Perlu |
|
Salinan Surat Beranak Calon |
Perlu |
Perlu |
|
Salinan Kad Pengenalan Ibubapa |
Perlu |
Perlu |
|
Salinan Surat Beranak Ibubapa |
Perlu |
Perlu |
|
Salinan Keputusan IELTS /TOEFL |
Tidak Perlu |
Perlu |
|
Borang Soalan Keselamatan (Am 480 Pin 2/88) |
Tidak Perlu |
Perlu |
|
Borang JPA (L) LDP 1B96 |
Perlu |
Perlu |
|
Kursus Kenegaraan BTN (Calon Ke Luar Negara) |
Tidak Perlu |
Perlu |
|
Sijil Nikah (jika telah berkahwin) |
Perlu |
Perlu |
Pegawai yang ingin menduduki Peperiksaan Khas KPSL perlu memenuhi beberapa syarat:
- Tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
- Telah berkhidmat selama 5 tahun di jawatan hakiki USIM;
- Mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terakhir 80% ke atas dengan laporan kehadiran myAKRAB yang baik;
- Mendapat perakuan Ketua Jabatan.
Setiap anggota perkhidmatan awam (staf USIM) adalah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:-
- Merancang keperluan kursus yang bersesuaian dengan tugas, objektif Jabatan dan pembangunan diri;
- Menghadiri dan mengikuti kursus yang diluluskan atau ditetapkan dengan penuh komitmen dan jaya dan mencapai DLSMSA : 7 hari setahun;
- Menyedia dan mengemukakan laporan kursus kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) masing-masing setelah selesai menjalani kursus melalui Sistem myTRAMS. Dalam konteks USIM, laporan kursus hanya untuk kursus luaran sahaja dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Modal Insan (Seksyen Latihan dan Pembangunan); dan
- Mengemukakan salinan sijil/ dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan kehadiran kursus dan bagi tujuan rekod kepada Ketua Jabatan masing-masing sebaik sahaja tamat menghadiri kursus. Dalam konteks USIM, salinan sijil/ dokumen berkaitan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Modal Insan (Seksyen Latihan dan Pembangunan).
- Menterjemahkan impak kursus kepada pembentukan modal insan inovatif dan budaya kerja gemilang.
Tempoh maksimum untuk memohon cuti bersalin awal adalah 14 hari sebelum tarikh dijangka bersalin berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2010
Staf yang gagal membuat perisytiharan harta boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
Pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan penalti/pembekuan permohonan selama setahun berkuatkuasa dari tarikh hari pertama peperiksaan khas PSL dijalankan dalam tahun semasa.
Tujuan Peperiksaan Perkhidmatan diadakan adalah sebagai keperluan staf untuk mendapat pengesahan dalam perkhidmatan
- Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 55 tahun.
- Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 – umur persaraan wajib adalah 56 tahun
- Lantikan pada atau selepas 1.7.2008 – Umur persaraan wajib adalah 58 tahun.
- Lantikan pada atau selepas 1.1.2012 – Umur persaraan wajib adalah 60 tahun.
Sekiranya pesara/penerima pencen di bawah Skim B tidak menuntut pencennya untuk tempoh enam bulan berturut-turut, pencen tersebut akan luput dan pihak bank akan memulangkan bayaran pencen tersebut kepada Bahagian Pencen, JPA. Pesara/penerima pencen tidak akan dapat menuntutnya lagi daripada bank tetapi mereka dikehendaki menghubungi Bahagian Pencen JPA untuk menuntut semula pencen tersebut.
Cuti Belajar adalah didefinisikan sebagai Cuti Belajar yang dilulus oleh Kerajaan kepada seseorang Staf bagi mengikuti Kursus Latihan atau Pengajian. Dalam tempoh tersebut, seseorang staf itu dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus secara sepenuh masa dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.
Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa pula adalah bermaksud tempoh berkursus di mana staf memperolehi gaji sepenuhnya seperti yang ia berkelayakan sebelum berkursus serta penajaan (Biasiswa/Hadiah Latihan) bagi pembiayaan yuran pengajian dan lain-lain elaun yang ia berkelayakan semasa berkursus.
Dalam konteks USIM – Cuti Belajar ialah tempoh di mana seseorang staf dibenarkan meninggalkan tugasnya untuk berkursus secara sepenuh masa untuk mendapatkan sijil/ kelayakan yang lebih tinggi daripada kelulusan asalnya dengan keizinan Universiti dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pembayaran pencen di bawah Skim A membawa maksud bahawa pencen pesara akan terus dikreditkan ke akaun bank pesara di hari pembayaran pencen pada setiap bulan. Pesara boleh membuat pengeluaran pencennya di mana-mana cawangan bank berkenaan di dalam negara. Golongan pesara yang layak dibayar pencen di bawah Skim A ialah mereka – mereka yang mempunyai isteri/suami yang masih hidup yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan.
Pembayaran pencen di bawah Skim B membawa maksud bahawa untuk mendapatkan bayaran pencen mereka, pesara perlulah terlebih dahulu membuat tuntutan di mana-mana cawangan bank yang berkenaan, dengan mengisi borang tuntutan pencen yang boleh diperoleh di kaunter bank berkenaan. Ini bererti pesara/penerima pencen perlu menghadirkan diri ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran pencen dikreditkan ke dalam akaunnya. Tiada perkreditan terus pencen ke akaun pesara akan dibuat di bawah Skim B.
Golongan pesara yang layak dibayar di bawah Skim B ialah mereka-mereka yang bujang atau yang telah kematian isteri/suami atau mempunyai suami/isteri yang dikahwini setelah bersara dan juga mereka yang menerima pencen terbitan/ pencen tanggungan.
Pemilikan harta bermaksud harta yang dimiliki oleh staf atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya
Punca kuasa perisytiharan harta
- Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) – Peraturan 9, Jadual Kedua, Bahagian II
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 – Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam
Pekeliling Pejabat Pendaftar Bilangan 7 Tahun 2010 – Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Universiti Sains Islam Malaysia
Perisytiharan harta bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta
Bermula dengan menyandang jawatan hakiki di USIM sehingga tarikh tutup iklan permohonan PSL.
Sekiranya pesara tidak meninggalkan tanggungan yang layak dipertimbangkan pencen terbitan, waris terdekatnya harus memaklumkan Bahagian Pencen JPA tentang kematiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
- Salinan sijil kematian
- Salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
- Salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
- Salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
- Dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
- Sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
- Surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).
i) Tempoh bekerja PSH adalah 9 jam sehari termasuk waktu rehat
ii) Ketua Jabatan boleh mengarahkan PSH untuk kerja lebih masa sekiranya perlu dan dibayar mengikut Pekeliling Pentadbiran Bil.3/2011. Waktu bekerja PSH tidak tertakluk dengan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) seperti staf USIM yang lain.
Pegawai perlu menyediakan dan menyerahkan dokumen kepada pegawai di Bahagian Sumber Manusia seperti butiran berikut :
i) Pasport ahli keluarga (ibu/bapa kandung/mertua, lain-lain)
ii) Empat (4) keping gambar berukuran passport
iii) Borang Permohonan Imigresen (DP11-A)
iv) Borang Personal Bon
v) Surat pengesahan pertalian daripada kedutaan.
Apabila Unit Pembangunan (Psikologi Dan Rundingcara) menerima permohonan melalui surat atau secara online daripada individu atau PTJ, kami akan menguruskannya dengan memberikan tarikh yang sesuai untuk anda bertemu dengan kaunselor dalam masa terdekat.
- Perkataan eSTAF ditukarkan kepada iStaff
- *Kemaskini Maklumat Anugerah atau Pengiktirafan yang diterima (Dikemaskini oleh Seksyen Latihan dan Pelan Penggantian)
- Salinan dokumen maklumat yang telah dikemaskini hendaklah dihantar kepada Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk disahkan bagi tujuan rekod. Salinan dokumen yang tidak dihantar ke Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan mengakibatkan kelulusan pengemaskinian data tidak dapat dilakukan dan tiada sebarang pindaan dibuat di dalam portal iStaff.
Maklumat bekas pasangan perlu dimasukkan dan disahkan terlebih dahulu. Selepas disahkan, maklumat ‘Anak’ bolehlah dimasukkan. Setelah selesai memasukkan maklumat anak, CO boleh memasukkan tarikh bercerai/meninggal dunia bagi bekas pasangan tersebut. Kemudian masukkan maklumat pasangan sekarang. Masukkan juga maklumat anak dengan pasangan sekarang (jika ada).
Permohonan boleh dibuat sama ada dengan mengemukakan surat kepada Unit Pembangunan (Psikologi Dan Rundingcara) atau melalui permohonan online yang disiarkan di INFOPRO pada setiap bulan.
- Diberikan kepada staf akademik yang menyambung pengajian di peringkat Ph.D yang benar-benar memerlukan dan telah diluluskan bercuti belajar di luar/ dalam Negara dengan Biasiswa KPTM.
- Kemudahan adalah salah satu sahaja iaitu sama ada mengutip data atau membentang kerja di persidangan antarabangsa. Bagi pengajian dalam Negara hanya pembentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa sahaja dibenarkan.
- Telah menyediakan kertas cadangan/ proposal yang memasukkan kutipan data di Malaysia atau pembentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa dalam permohonan bercuti belajar.
- Kutipan data/ pembentangan kertas kerja yang dibuat berkaitan dengan bidang pengajian.
- Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh pulang mengutip data di Malaysia/ membentang kertas kerja di persidangan antarabangsa.
- Kemudahan pembiayaan untuk menghadiri dan membentangkan kertas penyelidikan di seminar peringkat antarabangsa, yang sebelum ini hanya dibenarkan dalam kawasan (regional) yang ditetapkan, diperluaskan ke kawasan/ negara lain tetapi tertakluk kepada kadar maksimum RM5000 termasuk tambang, penginapan, makan dan yuran persidangan.
- Dokumen Permohonan Diperlukan :-
a) Surat permohonan.
b) Surat sokongan Penyelia.
c) Surat sokongan Dekan.
d) Jadual perancangan (bagi kutip data di Malaysia sahaja)
e) Surat setuju terima daripada organisasi/ penganjur seminar berkaitan.
f) Borang permohonan KPTM.
g) Permohonan yang dikemukakan tanpa maklumat/lampiran yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.
- Diberikan kepada staf akademik yang menyambung pengajian di peringkat Ph.D yang benar-benar memerlukan dan telah diluluskan bercuti belajar di dalam Negara dengan Biasiswa KPM.
- Kemudahan adalah salah satu sahaja iaitu sama ada kemudahan penyelidikan, memungut data dan mencari bahan penyelidikan di luar negara atau membentang kerja di persidangan antarabangsa.
- Telah menyediakan kertas cadangan/ proposal yang memasukkan penyelidikan, memungut data dan mencari bahan penyelidikan di luar negara dalam permohonan bercuti belajar.
- Penyelidikan, memungut data dan mencari bahan penyelidikan di luar negara yang dibuat berkaitan dengan bidang pengajian.
- Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan daripada tarikh penyelidikan, memungut data dan mencari bahan penyelidikan di luar negara.
- Dokumen Permohonan Diperlukan :-
a) Surat permohonan.
b) Surat sokongan Penyelia.
c) Surat sokongan Dekan.
d) Jadual perancangan.
e) Surat setuju terima daripada organisasi berkaitan.
f) Borang permohonan KPM.
viii. Permohonan yang dikemukakan tanpa maklumat/lampiran yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.
- Sekiranya staf gagal menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, staf hendaklah membuat permohonan penambahan masa kepada Universiti enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pengajian.
- Permohonan bertulis dari staf kepada Urusetia Unit Cuti Belajar USIM hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:-
- Membuat surat permohonan melalui ketua jabatan/Dekan dengan memberi butir-butir tentang lanjutan tempoh diperlukan serta sebab-sebabnya.
- Menyertakan perakuan/sokongan secara bertulis oleh Penyelia atau tempat calon berkursus.
- Menyertakan senarai mata pelajaran yang diambil dan keputusan Peperiksaan atau laporan kemajuan penyelidikan dari tarikh Staf memulakan kursus sehingga ke tarikh permohonan itu dibuat (bagi kursus secara kerja kursus/syarahan).
- Mengemukakan jadual perancangan kerja (plan of study) bagi tempoh yang dipohon
- Mengisi borang perlanjutan KPTM.
iii. Kegagalan mengemukakan permohonan dalam masa yang ditetapkan dan atau mengemukakan permohonan yang kurang lengkap boleh menyebabkan permohonannya ditolak/lewat diproses.
iv. Apa-apa tambahan masa atau lanjutan tempoh tidak semestinya disertai dengan pemberian segala kemudahan atau faedah sepenuhnya yang boleh diberi di bawah syarat-syarat Cuti Belajar/ melanjutkan pelajaran ini.
Permohonan cuti menjaga anak perlu dibuat secara rasmi kepada Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar melalui perakuan Ketua Jabatan.
Terdapat 2 jenis kemudahan Cuti Menjaga Anak iaitu Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin dengan tempoh sehingga 5 tahun sepanjang tempoh perkhidmatan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2014.
Kekosongan jawatan akan dihebahkan di dalam laman website USIM dan media sosial yang berkaitan. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui sistem e-IRIS 2.0 dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh iklan
Calon boleh memohon PSL dengan mengisi borang yang telah dimuat turun di dalam Sistem myDOCS selepas iklan dibuka.
Permohonan perjawatan PSH boleh dikemukakan terus kepada pihak Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan mengemukakan surat iringan bersama CV dan salinan sijil akademik berkaitan.
Borang Permohonan boleh dimuat turun di dalam sistem my docs.
Tuntutan boleh dibuat melalui Modul Tuntutan Am di sistem iStaff USIM.
Staf perlu membuat permohonan melalui iStaf > Capaian Individu > Maklumat Peribadi > Perisytiharan Harta V2.0
Pemilihan Universiti dan bidang mestilah sesuai dengan kehendak Fakulti/ Ketua Jabatan. Universiti luar negara yang dipilih mestilah mempunyai ranking dan rating yang terbaik dan kepakaran bidang tersebut sukar didapati di dalam Negara. Antara link yang boleh dirujuk untuk melihat rating dan ranking adalah seperti berikut:
http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/
Iklan kenaikan pangkat akan dikeluarkan 4 kali setahun bagi jawatan DS52, DU/DUG54 (Time-based) dan DG44/48/52. Manakala bagi jawatan Profesor Madya Gred DS/DU/DUG 54/56 dan Profesor Gred VK7,VK6 dan VK5 adalah terbuka sepanjang tahun.
Calon yang berjaya akan dipanggil temu duga dalam tempoh 90 hari bekerja daripada tarikh tutup iklan.
Tempoh maksimum perkhidmatan PSH adalah tidak lebih dari 3 bulan. Sekiranya masih terdapat keperluan mendesak, Ketua Jabatan boleh melanjutkan perkhidmatan PSH sehingga tempoh maksimum terakhir/muktamad 3 bulan lagi.
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2011 kadar upah PSH secara harian berdasarkan kelayakan adalah seperti berikut:
Gred Kelayakan Staf | Upah (RM/Sehari) |
Gred 19 | RM54.00 |
Gred 29 | RM72.00 |
Gred 41 dan Ke Atas | RM100.00 |
Peperiksaan ini hanya diadakan sekali setahun (bulan Julai)
Peperiksaan Perkhidmatan dijalankan dua (2) kali setahun sahaja
Bagi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (P&P) Dan Sokongan 1 (27-40) selain daripada Setiausaha Pejabat N27
Bil |
Kertas |
Sukatan |
1. |
I |
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Perintah Am, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000, Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Pentadbiran, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Perihal Universiti |
2. |
II |
Perlembagaan Dan Undang-Undang Am |
3. |
III |
Subjek Jabatan |
– Setiausaha Pejabat N27
Bil |
Kertas |
Sukatan |
1. |
I |
1) Ujian Pengambilan Nota 50 p.s.m.
2) Ujian IT Skill Assessment And Certification (ISAC) |
2. |
II |
Perintah Am Dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Arahan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan, Perlembagaan Dan Undang-Undang |
3. |
III |
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Panduan Berkaitan, Pengurusan Maklumat Melalui HRMIS Dan Perhubungan Awam |
Kumpulan Sokongan I (Gred 17-26) dan Sokongan II (Gred 1-16)
– Pembantu Tadbir (P/O) N17
Bil |
Kertas |
Sukatan |
1. |
I |
Ujian Kederasan Menaip 18 p.s.m |
2. |
II |
Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Perihal Universiti |
3. |
III |
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Perintah Am, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 Dan Arahan Perbendaharaan |
– Pembantu Setiausaha Pejabat N17
Bil |
Kertas |
Sukatan |
1. |
I |
1) Ujian Pengambilan Nota 30 p.s.m.
2) Ujian IT Skill Assessment And Certification (ISAC) |
2. |
II |
Perintah Am Dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam |
3. |
III |
Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Panduan Berkaitan |
– Sokongan Setaraf Kumpulan C
Bil |
Kertas |
Sukatan |
1. |
I |
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Perintah Am, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan Perihal Universiti |
2. |
II |
Subjek Jabatan |
Laporan yang diedarkan pada awal Februari setiap tahun hendaklah dikembalikan semula selewat-lewatnya pada 28 atau 29 Februari setiap tahun. Manakala, laporan yang diedarkan pada awal Ogos setiap tahun hendaklah dikembalikan semula selewat-lewatnya pada 31 Ogos setiap tahun.
Pelawaan pengesahan dalam perkhidmatan akan dibuat empat (4) kali setahun bagi staf akademik manakala tiga (3) kali setahun bagi staf pentadbiran. Pelawaan akan dibuat melalui emel rasmi USIM.
Calon perlu melapor diri dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran dengan mengembalikan Surat Setuju Terima Pelantikan Jawatan (PEND.BSM.Pj.10) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran.
Kemukakan permohonan tempahan tiket pulang melalui fakulti/ pusat satu (1) bulan sebelum tarikh penerbangan ke Malaysia (bagi yang belajar di luar negara). Sila lapor diri di Seksyen Latihan dan Pembangunan selewat-lewatnya sehari selepas kapal terbang mendarat di KLIA atau selewat-lewatnya sehari selepas tarikh tamat pengajian atau tamat tempoh cuti belajar bagi yang belajar di Malaysia.
Beberapa borang perlu dilengkapkan dan menyerahkan dua salinan tesis berjilid keras dan salinan passport tuan/puan dan/atau keluarga ke Seksyen Latihan dan Pembangunan dan seterusnya perlu berjumpa dengan Dekan/ Pengarah untuk memohon Cuti Tanpa Rekod selama 7 hari (termasuk Sabtu dan Ahad, dikira sehari selepas kapal terbang mendarat dan tertakluk kepada perakuan Ketua Jabatan/Dekan).
Tuntutan elaun tesis adalah tanggungjawab staf sendiri dengan pihak KPTM dengan menghantar borang dan salinan tesis ke KPM.
Perisytiharan harta perlu dibuat oleh staf USIM apabila:
- Dilantik ke perkhidmatan di USIM
- Dikehendaki oleh USIM
- Memperolehi harta tambahan
- Melupuskan harta
- Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun
Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan (optional retirement) sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.
Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:
- Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat rendah ank e bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental.
- Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.
Prosedur: Permohonan melalui Ketua Jabatan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh persaraan yang dimohon.
Di dalam setahun (Januari – Disember) terdapat empat (4) kali Pergerakan Gaji Tahunan(PGT) secara biasa iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober bergantung kepada tarikh lantikan atau tarikh kenaikan pangkat. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.1/2016 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2016 Contohnya:
i) Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/1 – 31/3 : PGT Januari
ii) Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/4 – 30/6 : PGT April
iii) Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/7 – 30/9 : PGT Julai
iv) Lantikan/naik pangkat dalam tempoh 1/10 – 31/12 : PGT Disember
Calon yang berjaya sahaja akan dihubungi dalam tempoh 14 hari daripada tarikh temu duga. Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh temu duga, calon dianggap tidak berjaya sepenuhnya.
Boleh jika mendapat pengesahan/kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sehubungan itu, untuk tujuan eGL, staf boleh mengemaskini sendiri maklumat anak angkat tersebut di portal HRMIS dan mengemukakan salinan Surat Kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pengesahan.
Pegawai yang telah lulus Peperiksaan PSL di USIM tidak boleh memohon sebarang jawatan di tempat lain berikutan PSL yang diambil di USIM hanya terhad kepada USIM sahaja dan tidak boleh digunapakai untuk memohon jawatan-jawatan di tempat lain.
Pesara/penerima pencen boleh menukar akaun bank mereka tetapi notis sekurang-kurangnya dua bulan secara bertulis hendaklah diberi kepada Bahagian Pencen JPA sebelum akaun lama ditutup. Ini adalah untuk mengelakkan terputusnya bayaran pencen bulanan mereka.
Dalam keadaan di mana pesara/penerima pencen hilang buku akaun, adalah dinasihatkan agar akaun baru dibuka di bank yang sama supaya bayaran pencen boleh dipindahkan ke akaun baru tersebut. Jika akaun baru dibuka di bank lain, pembayaran pencen mungkin tergendala oleh kerana bayaran pencen yang telah dihantar untuk dikreditkan ke dalam akaun lama perlu dikembalikan oleh bank berkenaan kepada Bahagian Pencen JPA untuk diproses semula bagi pengkreditan ke dalam akaun baru di bank lain.
Tidak boleh kerana skema jawapan tersebut adalah dokumen sulit.
Tidak boleh.
Tuan/Puan perlu menggunakan Surat Jaminan Perubatan (GL) USIM yang boleh diperolehi daripada Bahagian Governan dan Pentadbiran Am (BGPA), Jabatan Pendaftar.
Buku Rekod Perkhidmatan boleh disemak di Seksyen Persaraan dan Rekod, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Staf perlu memaklumkan terlebih dahulu melalui e-mel bagi tujuan tersebut.
Dalam keadaan sedemikian, pegawai berkenaan tidak boleh bersara apabila mencapai umur 58 tahun. Sebaliknya perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur tersebut sehingga keputusan diperolehi. Sekiranya tindakan tatatertib atau perbicaraan itu tidak berkeputusan dengan dibuang kerja atau disabitkan, maka hendaklah dibersarakan dan tempoh perkhidmatan selepas umur 58 tahun dikira cuti tanpa gaji dan tidak boleh diambilkira untuk faedah persaraan
Tidak boleh.
Pesara/penerima pencen boleh melantik seorang wakil diri untuk membantu beliau dalam urusan pencen dengan bank. Tetapi pelantikan wakil diri hanya dibenarkan di bawah Skim B sahaja. Untuk melayakkan wakil diri dilantik, pesara/penerima pencen tersebut mestilah seorang yang uzur dan keadaan keuzurannya perlu dibuktikan melalui surat pengesahan oleh sama ada Pegawai Perubatan Kerajaan atau doktor swasta, atau Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Daerah. Pesara/penerima pencen perlu memohon kepada Bahagian Pencen JPA untuk pelantikan wakil diri tersebut melalui Borang (JPA.BP.SKP.B07). Pelantikan wakil diri adalah sah untuk tempoh setahun dan boleh diperbaharui jika masih diperlukan oleh pesara/penerima pencen.
Anda boleh mendapatkannya melalui system myDOCS USIM (folder BGPA, Jabatan Pendaftar) atau melalui pautan INI.
Sukatan Peperiksaan tersebut boleh dimuat turun dari folder “Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan” di dalam sistem my docs.
Garis Panduan Cuti Belajar USIM boleh dirujuk di myDoc laman web USIM.
Garis Panduan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) USIM boleh dirujuk di dalam Sistem myTRAMS.
Kajian kes yang diiktiraf dalam bidang dan hanya yang mendapat pengesahan fakulti akan diambil kira. Walau bagaimanapun, syarat ini boleh disetarakan.
Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai -Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut :
TARIKH BERKUATKUASA MULAI JANUARI 2017
CO berkenaan mempunyai lebih dari 2 ID yang aktif.
Status perkahwinan akan berubah setelah Pemilik Kompetensi mengemaskini maklumat pasangan di “TAB KELUARGA”
Ini adalah kerana mengambil kira tempoh perkhidmatan setahun setelah melapor diri dan tempoh pengajian selama 3 tahun dalam Ph.D.
Maklumat Pemilik Kompetensi (CO) perlu dirujuk kembali kepada pihak JPN bagi tujuan pengesahan kali kedua. Maklumat CO di HRMIS perlulah selari dengan maklumat di JPN untuk mengelakkan sebarang masalah di masa akan datang. CO akan dihubungi setelah tindakan selesai diambil.
Sub Modul Rekod Peribadi adalah data asas yang akan digunakan oleh modul-modul EG-HRMIS yang lain.
iStaff adalah sistem yang dibangunkan oleh pihak USIM, manakala sistem HRMIS adalah dibangunkan oleh pihak JPA yang diguna pakai oleh semua Jabatan & Kementerian.
Maklumat pasangan perlu dimasukkan dan disahkan terlebih dahulu. Selepas pengesahan dibuat, maklumat berkenaan anak staf bolehlah dimasukkan kemudian.
Saya telah membuat perisytiharan harta sebelum ini melalui borang permohonan.
Rekod perisytiharan harta sebelum ini adalah secara borang permohonan manual. Untuk membolehkan maklumat dihantar ke dalam sistem HRMIS, semua staf perlu melengkapkan permohonan perisytiharan harta secara ‘Perisytiharan Pertama’ dahulu melalui sistem. Selepas permohonan ‘Perisytiharan Pertama’ telah diluluskan, staf boleh membuat permohonan perisytiharan harta lain-lain seperti harta tambahan, pelupusan harta, dan pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta
Ini kerana bidang profesional atau kritikal memerlukan calon yang kompeten dan mempunyai kepakaran atau sijil kelayakan khas yang diiktiraf di samping menggalakkan staf menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Ya, kerana Guarantee Letter(GL) iaitu Surat Jaminan Perubatan yang akan dijana di klinik/hospital kerajaan memerlukan maklumat keluarga (jika pesakit adalah keluarga pegawai).
Pemilik Kompetensi (CO) boleh mengemelkan nama dan alamat institusi yang lengkap kepada pihak helpdesk JPA (hrmis_helpdesk@jpa.gov.my) Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya) untuk penyenaraian institusi tersebut di HRMIS.
Staf hendaklah mengemukakan sesalinan sijil kelayakan akademik terkini dan dikemukakan ke Seksyen Perkhidmatan untuk proses pengemaskinian. Bagi staf yang baru balik daripada cuti belajar beserta kelulusan senat/ijazah, perakuan daripada Seksyen Cuti Belajar, Jabatan Pendaftar diperlukan sebelum dihantar ke Seksyen Perkhidmatan untuk pengemaskinian maklumat di dalam sistem Munazzim.
Hal ini berlaku kerana terdapat maklumat yang tidak lengkap. Sila klik pada maklumat setiap ahli keluarga yang ada di paparan sistem HRMIS, pastikan setiap maklumat pendidikan, pekerjaan, status tanggungan dan waris telah dikemaskini dan lengkap.
Boleh hubungi Helpdesk HRMIS di talian 06-7988048/ 06-7988193 untuk reset semula kata laluan dan status log masuk.
Tidak boleh kerana skim tersebut telah ditawarkan di USIM, melainkan Pegawai tersebut memohon jawatan lain selain jawatan yang telah sedia ada, maka Pegawai tersebut layak untuk memohon tuntutan perjalanan dan cuti tanpa rekod.
Memenuhi syarat minimum tidak dikira memenuhi kelayakan untuk kenaikan pangkat secara “fast track”. Kelayakan kenaikan pangkat secara “fast track” ialah melihat kepada ciri-ciri unik yang ada pada calon untuk memenuhi syarat mempunyai kecemerlangan yang sangat istimewa mutunya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar di talian 06-7988037/ 8108
Permohonan boleh dibuat sama ada daripada individu atau dari PTJ. PTJ juga boleh membuat permohonan bagi pihak stafnya yang dirasakan perlu.
Pegawai yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan ialah Encik Shahrul Nizam Mohamed Shamsuddin, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Modal Insan (Seksyen Kompetensi) di talian 06-7988149.
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Urusetia Peperiksaan PSL iaitu Pn. Nur Adlina Addenan (Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Kompetensi) di talian 8149 atau Pembantu Tadbir (P/O) Seksyen Kompetensi di talian 8153.
Siapakah tanggungan staf yang layak menerima perkhidmatan rawatan pesakit luar di klinik panel USIM?
A. Staf Lantikan Tetap/Kontrak (Warganegara)
-
Pasangan (suami atau isteri)
-
Anak-anak yang berkelayakan yang berumur di bawah 18 tahun dan anak-anak di bawah umur 21 tahun (masih menuntut sepenuh masa di Kolej / Universiti). Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Ianya tidak mengambilkira sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum atau selepas had umur di bawah tanggungan seperti yang ditetapkan. Istilah “anak” akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.
B. Staf Lantikan kontrak (bukan warganegara)
-
Pasangan (suami atau isteri)
-
Tiga (3) orang anak yang berusia 18 tahun ke bawah yang diisytiharkan kepada kepada Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar
Tanggungan pesara yang layak dibayar pencen terbitan ialah –
- balu atau balu-balu atau duda (bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);
- anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen terbitan melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.