SESI PENYERAHAN SURAT LANTIKAN FELO BUDI DI JABATAN PENDAFTAR, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Sesi penyerahan surat pelantikan telah diadakan kepada YBhg. Dato’ Dr. Musa Ali atas pelantikan beliau sebagai Felo Budi bermula 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2027.
Surat pelantikan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Pendaftar USIM.
Pelantikan ini dibuat dengan mengambil kira kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang pengurusan prestasi organisasi dan individu. Beliau merupakan mantan Pendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM) dan kini menerajui MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Musa Ali atas pelantikan ini. Semoga sumbangan dan kepakaran beliau terus memacu kecemerlangan USIM.
