Cuti Kerana Perkhidmatan

Cuti Rehat

• Cuti bergaji penuh yang diberi kepada staf kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun kalendar dari bulan Januari hingga Disember/dalam 1 tahun kontrak. 
• Untuk staf lantikan tetap/contract  of service/sementara/STTB/contract of service (SLaK 2.0).
• Kelayakan:  
   • Staf lantikan tetap:

Staf lantikan contract of service/sementara/STTB:

  • Pengurusan Tertinggi/Gred 21 – 56: 25 hari
  • Gred 1 – 20: 20 hari
  • Staf lantikan contract of service (SLaK 2.0): 12/15/20/25 hari
    mengikut skim lantikan

• Pengiraan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Jika tempoh tidak genap 1 tahun, kadar kelayakan ditetapkan secara pro rata.
• Tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Staf lantikan tetap boleh mengumpul baki Cuti Rehat dalam tempoh 2 tahun ke tahun ke-3. Cuti Rehat tahun pertama yang tidak dihabiskan akan luput pada akhir tahun ke-3. 
• Staf lantikan tetap boleh mengumpul baki Cuti Rehat untuk award wang tunai Gantian Cuti Rehat hingga maksimum 180 hari. Gantian Cuti Rehat yang dikumpul melebihi 180 hari boleh           digunakan sebagai Cuti Rehat pada tahun persaraan.
• Staf lantikan contract of service/contract of service (SLaK 2.0) yang ikatan kontraknya lebih 1 tahun boleh mengumpul baki Cuti Rehat ke tahun berikutnya dalam ikatan kontrak yang sama.   Cuti Rehat yang tidak dihabiskan akan luput apabila ikatan kontrak tamat.
• Perakuan:
• Dalam negara: Pegawai Peraku Cuti
• Luar negara: Ketua PTj
• Kelulusan:
• Dalam negara: Pegawai Pelulus Cuti
• Luar negara: Naib Canselor

Cuti Separuh Hari

• Cuti bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk menyelesaikan urusan peribadi sama ada sebelah pagi atau petang.
• Untuk staf pentadbiran lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB kecuali Pemandu Kenderaan dan staf yang ditetapkan bertugas mengikut syif.
• Kelayakan:

• Kelayakan sebahagian daripada kelayakan Cuti Rehat tahunan.
• Untuk urusan dalam negara sahaja.
• Baki 0.5 hari Cuti Rehat tahunan yang tidak dihabiskan akan luput selepas berakhirnya suatu tahun kalendar/kontrak.
• Tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Peraku Cuti; Kelulusan: Pegawai Pelulus Cuti

Cuti Separuh Gaji

• Cuti separuh gaji yang diberi atas sebab kesihatan sanak saudara staf iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik, ibu bapa mentua dan nenek/datuk.
• Untuk staf lantikan tetap.
• Kelayakan: 30 hari untuk setiap genap 1 tahun perkhidmatan yang melayakkan, maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Emolumen diberikan separuh daripada kadar penuh namun elaun tertentu tidak diberikan sepanjang tempoh Cuti Separuh Gaji.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan: BPSM; Kelulusan: Naib Canselor

Cuti Tanpa Gaji

• Cuti tanpa gaji yang diberi kepada staf atas sebab persendirian yang mustahak.
• Untuk staf lantikan tetap.
• Kelayakan: 30 hari untuk setiap genap 1 tahun perkhidmatan yang melayakkan, maksimum 360 hari sepanjang perkhidmatan.
• Perlu mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan.
• Perlu menghabiskan semua Cuti Rehat yang berkelayakan terlebih dahulu.
• Tempoh cuti tidak diambil kira untuk faedah persaraan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Emolumen tidak diberikan sepanjang tempoh Cuti Tanpa Gaji.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan: BPSM; Kelulusan: Naib Canselor

Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan

• Cuti tanpa gaji yang diberi kepada staf yang mengikut pasangan yang bertugas atau berkursus dalam atau luar negara.
• Untuk staf lantikan tetap.
• Kelayakan: Mengikut tempoh pasangan bertugas atau berkursus yang melebihi 3 bulan.
• Tempoh cuti tidak diambil kira untuk faedah persaraan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Emolumen tidak diberikan sepanjang tempoh Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan: BPSM; Kelulusan: Naib Canselor

Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan

• Cuti bergaji penuh yang diberi kepada staf selepas berkursus lebih 12 bulan.
• Untuk staf lantikan tetap.
• Kelayakan: Maksimum 7 hari, tertakluk kepada bilangan baki Cuti Rehat sebelum berkursus.
• Staf yang mengikuti kursus melebihi 12 bulan dianggap telah menghabiskan semua Cuti Rehat.
• Tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Kelulusan: Ketua PTj

Cuti Rehat pada Tahun Persaraan

• Cuti bergaji penuh yang diberi kepada staf yang mengumpul Gantian Cuti Rehat melebihi 180 hari untuk digunakan pada tahun persaraan.
• Untuk staf lantikan tetap.
• Kelayakan: Tertakluk kepada bilangan Gantian Cuti Rehat yang dikumpul yang melebihi 180 hari.
• Boleh digunakan secara sekaligus atau berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara.

Cuti atas Urusan Peribadi, Keluarga dan Kecemasan

Cuti Tanpa Rekod bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan ahli keluarga terdekat iaitu suami/isteri, ibu bapa, mentua, anak, adik-  beradik dan nenek/datuk.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: 3 hari berturut-turut bermula dari tarikh kematian atau pada hari berikutnya jika kematian selepas waktu pejabat (selepas 6.00petang).
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Menjaga Anak

• Cuti tanpa gaji yang diberi kepada staf wanita untuk menjaga dan menyusukan anak.
• Untuk staf lantikan tetap.
• Kelayakan:
• Bersambung daripada Cuti Bersalin: Hingga 5 tahun (1,825 hari) sepanjang perkhidmatan bermula pada tarikh selepas tamat Cuti Bersalin; diambil sekali gus atau berperingkat.
• Tidak terikat dengan Cuti Bersalin: 1 tahun (365 hari) sepanjang perkhidmatan atau hingga anak berumur 5 tahun ikut mana terdahulu.
• Tempoh cuti tidak diambil kira untuk faedah persaraan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Emolumen tidak diberikan sepanjang tempoh Cuti Menjaga Anak.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan: BPSM; Kelulusan: Naib Canselor

Cuti untuk Mengambil Peperiksaan

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk mengambil peperiksaan bagi membaiki peluang hidup pada masa hadapan.
• Untuk staf lantikan tetap.
• Kelayakan:
• Dalam negara: Pada hari peperiksaan sahaja.
• Luar negara (viva voce sahaja): Pada hari peperiksaan serta perjalanan pergi dan balik, atau maksimum 5 hari mengikut mana yang lebih rendah.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod bagi Staf yang Disapina untuk Hadir ke Mahkamah di Luar  Stesen

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk hadir ke mahkamah di luar stesen sebagai saksi pihak bukan Kerajaan.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: Pada hari yang diperlukan hadir ke mahkamah dengan tambahan 1 hari sebelum dan 1 hari selepas bagi maksud perjalanan jika perlu.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod Kursus Sambilan kepada Staf yang

Mengikuti Pengajian Secara Sambilan di Institusi Pengajian Tinggi Dalam Negara

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang mengikuti pengajian secara sambilan di IPT dalam negara.
• Untuk staf lantikan tetap. 
• Kursus yang diikuti adalah Diploma, Ijazah Pertama, Diploma Lanjutan, Sarjana dan Doktor Falsafah.
• Kelayakan: Mengikut tempoh sebenar tidak melebihi 30 hari dalam 1 tahun pengajian, maksimum 2 kali pengajian sepanjang perkhidmatan
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti atas Sebab Keagamaan dan Kebudayaan

Cuti Haji

• Cuti bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk menunaikan haji.
• Untuk staf lantikan tetap (telah disahkan perkhidmatan)/contract of service (berkhidmat tidak kurang 4 tahun)/sementara (berkhidmat tidakkurang 6 tahun)/STTB (berkhidmat tidak kurang 5   tahun) beragamaIslam.
• Kelayakan: Maksimum 40 hari, sekali dalam perkhidmatan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan: BPSM; Kelulusan: Naib Canselor

Cuti Tanpa Gaji untuk Mengerjakan Haji

• Cuti tanpa gaji yang diberi kepada staf untuk menunaikan haji.
• Untuk staf contract of service (berkhidmat tidak kurang 3 tahun) beragama Islam yang tidak layak Cuti Haji bergaji penuh.
• Kelayakan: Maksimum 40 hari, sekali dalam perkhidmatan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan: BPSM; Kelulusan: Naib Canselor

Cuti Umrah

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk menunaikan umrah di Mekah dan ziarah di Madinah.
• Untuk staf lantikan tetap/STTB beragama Islam.
• Kelayakan: Maksimum 7 hari, sekali dalam perkhidmatan.
• Tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Bermula dari tarikh penerbangan sebenar ke tanah suci.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan: BPSM; Kelulusan: Naib Canselor

Cuti Keagamaan

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat keagamaan.
• Untuk staf lantikan tetap bukan beragama Islam.
• Kelayakan: Maksimum 7 hari, sekali dalam perkhidmatan.
• Tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Bermula dari tarikh penerbangan/perjalanan sebenar ke tempat keagamaan dalam/luar negara.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan: BPSM; Kelulusan: Naib Canselor

Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk menyambut Pesta Kaamatan/Hari Gawai.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB kelahiran Sabah/WP Labuan/berketurunan etnik Kadazandusun/Dusun/Kadazan/Orang Sungai/Murut/Idahan/Ida’an/Momogun   Rungus/Lundayeh/Bisaya/Dusun Subpan(Pesta Kaamatan) dan Sarawak/berketurunan etnik Dayak (Hari Gawai).
• Kelayakan: 1 hari; 30/31 Mei untuk Pesta Kaamatan, 1/2 Jun untuk Hari Gawai.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Vaisakhi

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk menyambut perayaan Vaisakhi.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB penganut Sikh.
• Kelayakan: 1 hari; 14 April.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Hari Deepavali

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk menyambut perayaan Hari Deepavali. 
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB penganut Hindu.
• Kelayakan: 1 hari; hari selepas Hari Deepavali.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk menyambut perayaan Good Friday.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB penganut Kristian.
• Kelayakan: 1 hari; pada hari Good Friday.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Tahun Baru Siam (Songkran)

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf untuk menyambut perayaan Songkran. 
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB keturunan Siam.
• Kelayakan: 1 hari; 13 April.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti untuk Urusan Pertubuhan Ikhtisas, Kesatuan dan Kemasyarakatan

Cuti Tanpa Rekod bagi Staf yang Terlibat dalam Pertandingan

Sukan di Peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang terlibat dalam pertandingan sukan di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa sebagaiatlet/jurulatih/pegawaisukan/pegawai  teknikal.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: 30 hari dalam setahun termasuk latihan intensif dan perjalanan pergi dan balik yang perlu dibuat.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Staf boleh mengambil bahagian dalam pertandingan sukan tidak lebih daripada 3 jenis sukan sahaja dalam setahun.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Latihan Pasukan Sukarela

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang menjadi ahli pasukan sukarela untuk menghadiri latihan pasukan sukarela.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: 30 hari setahun dan tambahan 2 hari perjalanan pergi dan balik ke latihan atau khemah tahunan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/Persatuan

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang menjadi ahli pertubuhan/persatuan untuk menghadiri aktiviti pertubuhan/ persatuan.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: 14 hari setahun dan tambahan 2 hari perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod bagi Staf yang Dilantik sebagai Jurulatih

Program Latihan Khidmat Negara

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang dilantik sebagai jurulatih PLKN untuk mengikuti kursus dan menjalankan tugas
 sebagai jurulatih PLKN.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: Mengikut tempoh sebenar program dan tambahan 1 hari perjalanan pergi dan 1 hari perjalanan balik jika diperlukan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod bagi Staf yang Menyertai Musabaqah

Al-Quran di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang menyertai Musabaqah Al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: Mengikut tempoh yang diperlukan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam majlis termasuk perjalanan pergi dan balik.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod bagi Staf yang Dipilih untuk Mengambil

Bahagian dalam Lawatan Kebudayaan di Luar Negeri

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan di luar negeri anjuran    Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian  Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau mana-mana agensi yang ditetapkan oleh Kerajaan.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: Mengikut tempoh yang diperlukan untuk lawatan kebudayaan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dalam negara dengan pertubuhan yang diluluskan.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: Maksimum 5 hari setahun.
• Tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang menjadi ahli syarikat kerjasama untuk menghadiri latihan syarikat kerjasama.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: Tidak melebihi 2 bulan.
• Tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti atas Sebab Perubatan dan Penjagaan Orang
SAKIT

Cuti Bersalin

• Cuti bergaji penuh yang diberi kepada staf wanita untuk bersedia dan pulih daripada bersalin.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: 60 – 90 hari setiap kelahiran, 360 hari sepanjang perkhidmatan.
• Bermula pada tarikh bersalin namun boleh memilih untuk bermula lebih awal dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
• Jika baki kurang daripada 60 hari, perlu mengambil Cuti Bersalin 60 – 90 hari dengan menggunakan semua baki Cuti Bersalin, Cuti Rehat (jika tidak cukup) dan Cuti Bersalin tanpa gaji (jika   masih tidak cukup).
• Jika tiada baki, perlu mengambil Cuti Bersalin 60 – 90 hari dengan menggunakan Cuti Rehat dan Cuti Bersalin tanpa gaji (jika tidak cukup).
• Tidak boleh menggunakan Cuti Sakit untuk menggantikan Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh diwadkan kerana sakit bukan atas sebab bersalin.
• Boleh menggunakan Cuti Bersalin jika melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung sama ada bayi hidup atau meninggal dunia.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Isteri Bersalin

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf lelaki untuk membantu urusan ketika isterinya bersalin.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: 7 hari bermula dari tarikh isteri bersalin atau pada hari berikutnya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat (selepas 6.00petang), 5 kali sepanjang perkhidmatan.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Tanpa Rekod kepada Staf yang Menderma Organ

• Cuti tanpa rekod bergaji penuh yang diberi kepada staf yang mendermaorgan.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB.
• Kelayakan: Mengikut tempoh yang diperakukan Pegawai Perubatan Pakar atau tidak melebihi 42 hari mengikut mana yang lebih rendah.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Bermula dari tarikh dibenarkan pulang ke rumah bagi proses pemulihan.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan

• Cuti bergaji penuh yang diberi kepada staf yang anaknya (anak kandung/anak tiri tanggungan/anak angkat de facto/anak angkat/anak pelihara) menghidap penyakit berjangkit (penyakit tangan, kaki dan mulut/demam denggi dan demam denggi berdarah/campak/chickenpox/difteria/malaria/lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan) dan perlu dikuarantin.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB/contractof service (SLaK 2.0).
• Kelayakan: Maksimum 5 hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan oleh Pegawai Perubatan mengikut mana yang lebih rendah.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Anak berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun, atau tidak kira umur bagi anak yang cacat otak atau hilang upaya yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu cacat otak atau hilang upaya sebelum mencapai umur 21 tahun.
• Perakuan: Pegawai Pelulus Cuti; Semakan dan kelulusan: BPSM

Cuti Sakit

• Cuti bergaji penuh yang diberi kepada staf yang disahkan tidak sihat untuk bertugas oleh Pegawai Perubatan/Lembaga Perubatan/ahli Panel Doktor.
• Untuk staf lantikan tetap/contract of service/sementara/STTB/contract of service (SLaK 2.0).
• Kelayakan:
• Staf lantikan tetap/sementara: 180 hari dalam 1 tahun kalendar.
• Staf lantikan contract of service: 15 hari dalam 1 tahun kontrak. Jika setelah menghabiskan Cuti Sakit 15 hari dan masih memerlukan masa  untuk pulih, boleh diberi tidak melebihi 75 hari untuk tidak hadir bertugas tanpa emolumen. Jika selepas itu masih tidak hadir bertugas atas sebab kesihatan, kontrak staf hendaklah ditamatkan.
• Staf lantikan STTB: 90 hari dalam 1 tahun kalendar.
• Staf lantikan contract of service (SLaK 2.0): 14 hari dalam 1 tahun kontrak.
• Termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
• Pengesahan tidak sihat dibuktikan dengan sijil sakit.
• Perakuan: Ketua PTj; Semakan: BPSM
• Kelulusan:
• Staf lantikan tetap/sementara: 90 hari pertama oleh BPSM, 90 hari kedua oleh Naib Canselor
• Staf lantikan contract of service/STTB/contract of service (SLaK 2.0) : BPSM