NOTIS PENGOPERASIAN PEJABAT UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARABERKUAT KUASA 16 MEI 2022

  1. Notis ini dikeluarkan sebagai penambahbaikan kepada notis bertarikh 1 April 2022 susulan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mac 2022 yang mengisytiharkan bahawa negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula 1 April 2022.
  2. Berkuat kuasa 16 Mei 2022sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan, semua staf akademik dan staf pentadbiran termasuk tetap, sementara, kontrak dan Pekerja Sambilan Harian hendaklah bertugas di pejabat atau lokasi lain yang ditentukan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing dengan kapasiti penuh secara kehadiran fizikal.
  3. Staf yang menghadapi kesukaran menguruskan anak kerana penutupan sekolah atau pusat jagaan harian, perubahan sesi persekolahan atau kekangan ruang pusat jagaan harian atau mempunyai anak yang tidak sihat dan tidak dibenarkan berada di pusat jagaan harian kerana mempunyai simptom seperti demam, batuk dan selesema boleh dipertimbangkan atas budi bicara Ketua Pusat Tanggungjawab untuk meneruskan tugasan secara Bekerja Dari Rumah atau secara penggiliran atau penjadualan.

 

Pemakluman: Notis penuh pengoperasian pejabat dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara – Universiti Sains Islam Malaysia yang berkuat kuasa mulai 16 Mei 2022  boleh diperoleh DI SINI