Seksyen Cuti Belajar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Bengkel Semakan Garis Panduan Cuti Sabatikal Staf Akademik USIM pada 29 Mei 2025 melibatkan Dekan Fakulti, Pengarah PTJ dan Penasihat Undang-Undang. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak draf Garis Panduan Cuti Sabatikal Staf Akademik dengan mengambil kira keperluan sabatikal di industri sebagaimana ketetapan KPI di dalam Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2025. Selain itu, semakan juga mengambil kira pelbagai garis panduan yang ada di USIM melibatkan kemudahan skim latihan/cuti staf akademik supaya tiada pertindihan dan penyelarasan kepada satu garis panduan yang komprehensif.