Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran TPB Management (Taska Penyayang Bakti & Tadika Pintar Bakti) sebagai pengusaha baharu TASKA & TADIKA USIM bermula 1 April 2026.
Dalam masa yang sama, pihak universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengusaha TASKA dan TADIKA terdahulu atas segala sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberikan.
Pihak universiti melalui Jabatan Pendaftar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Jabatan Undang-undang, Jabatan Bendahari, Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti serta Jabatan Perpustakaan, di samping pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan proses peralihan pengurusan ini berlangsung dengan lancar dan teratur.
Semoga pengurusan baharu ini dapat terus memperkukuh kualiti persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan berkualiti untuk anak-anak warga USIM.
