Program Siri Kepimpinan Pentadbir Universiti – Siri 1/2026: Kepimpinan Berkesan dalam Mengurus Cabaran Organisasi
“Membina Pemimpin, Memperkukuh Organisasi”
📅 Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari
📍 Tempat: Ruknu Arabiy, Lobi Perpustakaan USIM
Program ini memberi ruang kepada para pentadbir untuk memperkasa kefahaman serta meningkatkan kompetensi kepimpinan dalam mendepani landskap pengurusan universiti yang semakin mencabar dan dinamik.
Sepanjang sesi, peserta telah didedahkan dengan:
✅ Cabaran semasa dalam pengurusan universiti;
✅ Amalan kepimpinan berkesan berasaskan pengalaman dan realiti organisasi; dan
✅ Pengukuhan peranan sebagai pentadbir yang berwibawa, berintegriti serta berkesan dalam menyokong aspirasi universiti.
Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini menjadi pemangkin kepada pembentukan barisan pemimpin pentadbiran yang lebih strategik, tangkas dan berimpak tinggi.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberi komitmen sepenuhnya.