Dokumen opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi staf lantikan tetap akan dimuatnaik melalui portal iStaff pada 22 Oktober 2024.
Semua staf lantikan tetap di USIM dikehendaki memuat turun dokumen opsyen, mencetak, meneliti dan menandatangani dokumen opsyen mengikut pilihan masing-masing.
Dokumen opsyen hendaklah dicetak dua salinan setiap dokumen secara “single sided”.
Dokumen opsyen yang telah ditandatangani hendaklah dikumpulkan di Pejabat Pentadbiran Pusat Tanggungjawab (hakiki) masing-masing dan dihantar secara pukal. Setiap Pusat Tanggungjawab dikehendaki menyediakan memo serahan beserta senarai nama staf yang mengembalikan dokumen opsyen kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Aras 3, Bangunan Canselori.
Dokumen opsyen hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 November 2024. Borang yang diterima selepas tarikh tersebut akan menyebabkan pembayaran pelarasan gaji (fasa 1) dibayar pada Januari 2025.