search box

Perkembangan Kerjaya

 A. CUTI BELAJAR

1. TAKRIFAN CUTI BELAJAR

Cuti Belajar adalah didefinisikan sebagai Cuti Belajar yang dilulus oleh Kerajaan kepada seseorang Staf bagi mengikuti Kursus Latihan atau Pengajian. Dalam tempoh tersebut, seseorang staf itu dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus secara sepenuh masa dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

Dalam konteks USIM – Cuti Belajar ialah tempoh di mana seseorang staf dibenarkan  meninggalkan tugasnya untuk berkursus secara sepenuh masa untuk  mendapatkan sijil/kelayakan yang lebih tinggi daripada kelulusan asalnya dengan keizinan Universiti dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Cuti Belajar Universiti adalah diperuntukkan kepada staf Universiti khususnya staf akademik yang terdiri daripada tutor/pensyarah dan juga staf pentadbiran. Proses permohonan dan kelulusan Cuti Belajar Universiti adalah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar Universiti (JKCB). Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan staf adalah rujukan utama yang bertindak sebagai penasihat sebelum permohonan dibawa ke mesyuarat tersebut. Dengan kata lain, Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa staf yang memohon adalah telah memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar Universiti.

2.  SKIM CUTI BELAJAR YANG DITAWARKAN:

  • Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa dari KPTM/USIM
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan  Biasiswa USIM
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa
  • Cuti Belajar Separuh Gaji
  • Cuti Belajar Tanpa Gaji

 

B. CUTI SABATIKAL

1.     KELAYAKAN

  • Semua staf tetap yang dilantik oleh Universiti dan memegang jawatan subtantif sebagai Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah.
  • Tempoh Cuti Sabatikal

    Staf perlulah berbincang dengan Dekan/Pengarah/Penyelaras/Ketua Jabatan supaya seboleh-bolehnya tidak meninggalkan pengajaran melebihi satu semester sepanjang tempoh bercuti sabatikal.
    • Kelayakan Cuti Sabatikal Maksimum 9 bulan
    • Kelayakan Cuti Sabatikal Maksimum 5 bulan
    • Tempoh perkhidmatan yang diambilkira
    • Bagi staf yang pernah diberikan kemudahan bercuti belajar, pengiraan tempoh genap perkhidmatan dikira selepas tarikh lapor diri dari bercuti belajar
  • Diperakukan oleh Dekan/Pengarah/Penyelaras/Ketua Jabatan.
  • Program dan tempat  Cuti Sabatikal dipersetujui oleh Dekan/Pengarah/ Penyelaras/Ketua Jabatan.
  • Pertimbangan Cuti Sabatikal tertakluk kepada Skim Cuti Sabatikal Universiti Sains Islam Malaysia.
  • Staf yang masih belum tamat pengajian atau sedang bercuti belajar tidak layak memohon Cuti Sabatikal.
  • Staf yang belum mendapat Ijazah Doktor Falsafah tidak digalakkan memohon kemudahan ini. Pengecualian boleh diberikan kepada staf yang tidak mempunyai kelayakan PhD yang tidak boleh bercuti belajar ke peringkat PhD oleh syarat umur.

 

C. LANJUT PENGAJIAN SEPARUH MASA

1.    KONSEP

  • Tawaran melanjutkan pengajian secara separuh masa adalah salah satu  kemudahan yang ditawarkan oleh USIM dalam usaha pembangunan kemahiran staf dan penggalakan pembelajaran sepanjang hayat  bagi staf akademik dan pentadbiran.
  • Pengajian separuh masa ini mestilah tidak mengganggu tugas-tugas hakiki staf dan boleh dipertimbangkan untuk diberi Cuti Tanpa Rekod untuk menghadiri peperiksaan tertakluk kepada peraturan dan dasar yang sedang berkuatkuasa.
  • Tiada jaminan kenaikan pangkat atau pemberian faedah tambahan bagi staf yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya.


2.    DEFINISI PENGAJIAN SEPARUH MASA

  • Pengajian di peringkat Diploma/Diploma Lepasan Ijazah/Sarjana/Sarjana Kepakaran/PhD yang didaftarkan secara separuh masa di Universiti/Institusi tempat pengajian
  • Pengajian Sarjana Muda secara Jarak Jauh (PJJ)
  • Pengajian PhD (secara penyelidikan - sepenuhnya penulisan tesis)
  • Walau apapun yang dinyatakan dalam perkara di atas, pengajian separuh masa dalam konteks permohonan ini mestilah dapat dibuktikan dan mendapat sokongan Ketua/Jabatan bahawa:
    • Bagi staf pentadbiran : tidak melibatkan waktu pejabat dan tidak mengganggu tugas hakiki staf yang memohon
    • Bagi staf akademik (Pensyarah) : tidak mengganggu tugas hakiki staf yang memohon


3.    BENTUK PERMOHONAN PENGAJIAN SEPARUH MASA

  • Pengajian Separuh Masa Tanpa Biasiswa USIM
  • Pengajian Separuh Masa Dengan Biasiswa USIM

 

MAKLUMAT LANJUT DAN RUJUKAN:

Unit Pembangunan Sumber Manusia (Seksyen Latihan dan Pembangunan)


Jabatan Pendaftar, Bangunan Canselori Aras 2,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Faks: 06-7988050

Encik Mohd Shahrul Nizam Mohamed Shamsuddin
Penolong Pendaftar Kanan
Tel: 06-7988149
e-mail : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Puan Norazlina Abu Zahar
Penolong Pegawai Tadbir
Tel : 06-7988152
e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Pn. Latipah Adun
Pembantu Tadbir
Tel: 06-7988136
e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Cik Hanan Abdullah
Penolong Bendahari
Bahagian Gaji dan Belanjawam
Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tel:06-7988223

Setiausaha
Unit Biasiswa Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Tingkat 4, Blok 1, Persint 2, Menara PJH,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

Tel:  03 - 88844607 - (Hussin)
       03 - 88844634 - (Erzny)
       03 - 88844636 - (Juwita)
Fax: 03 - 88844701
        

Penolong Pengarah Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya

Malaysian-American Commision on Education Exchange (MACEE)
11th Floor, Menara Kemayan,
160 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel:03-21668878(ext 24)
Faks:03-21661878

Malaysian British Educational Cooperation Services  (MABECS) Sdn Bhd
2nd Floor. 9, Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-79567655/439
Faks:03-79550876

IDP Education Australia Limited
6th Floor, West Block
Wisma Selangor Dredging
142-C Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
TEL: 03-21623755
FAX: 03-21622078

Selset New Zealand Centre Sdn Bhd
(formerly known as Selset Enterprise Sdn Bhd)
7, Jalan SS15/7, 47500 Subang Jaya
Selangor, Malaysia
Tel: +60.3.56310322   
Fax:+60.3.56310522

Canadian Education Centre
Suite 18.03, 18 th,
Wisma MCA,
163, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel:03-21622901
www.studycanada.ca/malaysia

SP & G Insurance Brokers Sdn Bhd
8th Floor, Menara SPK,
22, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-27318800 ext: 882
Faks: 03-21422621
www.spgib.com.my

Rating Universiti

http://www.rae.ac.uk/pamembers/
http://www.barronseduc.com

Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 06-7988000 Faks : 06-7988130  
 

TARIKH KEMASKINI: RABU | 22 MEI 2018 | 9:00 PAGI