search box

JABATAN PENDAFTAR USIM

Pentadbiran

Jabatan Canselori
 

Pengenalan

Jabatan Canselori merupakan sebuah Jabatan di dalam Universiti Sains Islam Malaysia, yang bertanggungjawab dalam perancangan dasar dan kemajuan perkembangan Universiti ke arah memartabatkan pendidikan Islam bersesuaian dengan misi, wawasan dan objektif penubuhan Universiti. Jabatan ini diketuai oleh Naib Canselor bertindak sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan di dalam Universiti, dibantu oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Penyelidikan & Inovasi).

Bagi merealisasikan tujuan dan peranannya sebagai sebuah jabatan yang penting kepada Universiti, fungsi dan tanggungjawabnya telah dibahagikan kepada beberapa Bahagian/Pusat/Pejabat iaitu Pejabat Naib Canselor (PNC), Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PPKPK), Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Antarabangsa (BKKPA), Bahagian Audit Dalam (AUDIT) dan Pusat Teknologi Maklumat (PTM), sebagai nadi utama Jabatan ini.


Objektif Jabatan Canselori

  • Menetap dan mengartikulasi dasar-dasar utama.
  • Menetapkan halatuju dan pembangunan akademik.
  • Merangka pelan pembangunan fizikal & infrastruktur.
  • Merangka keperluan sumber-sumber kewangan dan staf.
  • Perlaksanaan gagasan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
  • Menggarap dan mengupaya Halatuju dan Pelan Strategik USIM 2011-2015.
  • Promosi – jaringan Universiti dengan institusi-institusi dalam dan luar negara.
  • Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan piawai yang ditetapkan.
  • Menganalisis arah aliran perubahan industri lokal dan global-impak serta implikasi terhadap kurikulum.
  • Menggalak dan menerokai penggunaan teknologi sumber terbuka dalam pelbagai bidang dan ceruk kepakaran
Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 06-7988000 Faks : 06-7988130  
 

TARIKH KEMASKINI: RABU | 22 MEI 2018 | 9:00 PAGI