search box

JABATAN PENDAFTAR USIM

Latihan Kakitangan

Pengenalan

Unit Latihan, Jabatan Pendaftar terlibat dalam pengendalian latihan kakitangan pentadbiran manakala Pusat Pengembangan Akademik terlibat dalam pengendalian latihan kakitangan akademik.

Definisi

‘Latihan’ – proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa alam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.

‘Kursus Jangka Pendek’ – kursus sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.

‘Kursus Jangka Sederhana’ – kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kepelasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.

‘Kursus Jangka Panjang’ – kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.

Peranan dan Tanggungjawab

1. Ketua Jabatan / Dekan

  • memastikan kakitangan di bawah seliaan mengikuti latihan 7 hari setahun
  • memberi pelepasan kepada kakitangan yang sedang mengikuti kursus / latihan
  • memastikan setiap kakitangan mendapat peluang latihan dan menjadualkan tugas dengan teliti agar setiap kakitangan dapat menghadiri program latihan yang telah dimohon.

2. Kakitangan

  • merancang keperluan latihan bagi tahun berkenaan
  • memastikan dapat mengikuti latihan sebanyak 7 hari setahun

3. Urus setia (Unit Latihan)

  • menyediakan latihan kepada kakitangan pentadbiran
  • menjadi urus setia dalam setiap latihan yang dianjurkan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan dan Perekodan Latihan, sila klik di sini.

 

Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 06-7988000 Faks : 06-7988130  
 

TARIKH KEMASKINI: RABU | 22 MEI 2018 | 9:00 PAGI