IKLAN JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN EIRIS 2018-1 USIM

 

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil.

Skim Perkhidmatan

Gred Skim

Taraf Jawatan

Penempatan

Skop Tugas

1.

Pegawai Kebudayaan

B41

Kontrak

Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab dalam merancang kerja kreatif persembahan dan aktiviti seni budaya dipelbagai peringkat samada universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

2.

Pustakawan

S41

Kontrak

Bertanggungjawab melaksanakan secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pengurusan pentadbiran dan kewangan, aplikasi ICT di perpustakaan, pemeliharaan keselamatan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan serta penyeliaan kakitangan sokongan.

3.

Pembantu Kemahiran (Paip)

H19

Kontrak

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

4.

Pembantu Pembedahan Pergigian

U19

Tetap

Kampus Satelit di Pandan Indah, Kuala Lumpur

Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.

5.

Pemandu Kenderaan

 

H11

 

Kontrak

Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan. Berpengalaman mengendalikan bas dengan baik serta bertanggungjawab menjaga bas di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

6.

Pengawal Keselamatan

 

KP11

 

Kontrak

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website http://www.usim.edu.my  mulai 09 Januari 2018 (Selasa).  Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  3. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/ 06-7988125/ 06-7988128.


Tarikh tutup permohonan : 22 Januari 2018 (Isnin)

Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 06-7988000 Faks : 06-7988130  
 

TARIKH KEMASKINI: RABU | 22 MEI 2018 | 9:00 PAGI