PENGEMASKINIAN DAN PENGUMPULAN BAKI CUTI REHAT TAHUN 2017

MAKLUMAN

 

Dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sumber Manusia (Seksyen Perkhidmatan), Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar sedang membuat semakan berhubung baki cuti tahun 2017 untuk dibawa ke tahun 2018 atau dikumpulkan bagi tujuan Faedah Gantian Cuti Rehat (GCR).

 

Sehubungan itu, semua pegawai perlu mencetak borang pengumpulan cuti rehat di Portal iStaff bermula 4 Januari 2018 (Khamis) untuk pengesahan Ketua Jabatan masing-masing dan memastikan baki cuti rehat yang boleh dibawa ke tahun 2018 atau dikumpulkan untuk tujuan Faedah Gantian Cuti Rehat mengikut peraturan sedia ada iaitu sebanyak setengah daripada kelayakan cuti rehat tahunan mengikut mana yang kurang atau maksimum 15 hari.

 

Borang yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan perlu dihantar secara pukal mengikut Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing beserta senarai nama yang telah dilampirkan kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia (Seksyen Perkhidmatan), Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar sebelum atau pada 31 Januari 2018 (Rabu).

 

Borang boleh didapati melalui Portal iSTAFF daripada capaian menu 

“Capaian individu›› Borang Pengumpulan Baki Cuti dan GCR”

 

SEKIAN

Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 06-7988000 Faks : 06-7988130  
 

TARIKH KEMASKINI: RABU | 22 MEI 2018 | 9:00 PAGI