search box

All FAQs

FAQs - All FAQs

Kekosongan jawatan akan diiklankan melalui akhbar utama atau hebahan di  dalam laman website USIM. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui sistem e-IRIS dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh iklan.

Calon perlu menghubungi talian 06-788125/8114/8113 atau melalui e-mel di alamat eirispentadbiran@usim.edu.my bagi permohonan perjawatan pentadbiran dan eirisakademik@usim.edu.my bagi permohonan perjawatan akademik dengan mengemukakan nombor kad pengenalan pemohon.

Calon yang berjaya akan dipanggil temu duga dalam tempoh 60 hari bekerja daripada tarikh tutup iklan.

USIM tidak lagi membuat pengambilan bagi Skim Tutor susulan pemansuhan skim ini pada tahun 2012.

Calon perlu hadir awal ke tempat temu duga dengan membawa dokumen asal iaitu kad pengenalan, sijil-sijil kelayakan akademik, slip gaji terkini, sesalinan Buku Rekod Perkhidmatan (jika berkaitan), surat pengesahan berkhidmat, resume, serta lain-lain dokumen yang bersesuaian untuk menyokong permohonan jawatan tersebut. Calon juga perlu membawa bersama sesalinan dokumen tersebut yang telah disahkan untuk pihak urus setia.

Bahagian Sumber Manusia telah menyusun atur jadual temu duga berdasarkan persetujuan ahli panel temu duga yang berkaitan. Justeru, penundaan tarikh temu duga tidak dapat dipertimbangkan.

Calon yang berjaya sahaja akan dihubungi dalam tempoh 14 hari daripada tarikh temu duga. Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh temu duga, calon dianggap tidak berjaya sepenuhnya.

Calon perlu melapor diri dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran  dengan mengembalikan Surat Setuju Terima Pelantikan Jawatan (PEND.BSM.Pj.10) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran.

Calon boleh menangguhkan tarikh lapor diri dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada Bahagian Sumber Manusia (BSM). Namun begitu, tarikh pelantikan dan pembayaran emolumen akan bermula pada tarikh calon melapor diri beserta dokumen lapor diri yang telah dilengkapkan.  

Pegawai perlu menyerahkan dokumen kepada pegawai di Bahagian Sumber Manusia seperti butiran berikut :

  1. Pasport pegawai dan tanggungan
  2. Sijil Kelahiran pegawai dan tanggungan yang telah disahkan oleh Kedutaan Negara pegawai
  3. Surat tawaran asal
  4. Perjanjian kontrak yang telah dilengkapkan
  5. Borang Permohonan Imigresen (DP11)
  6. Empat (4) keping gambar berukuran pasport pegawai dan tanggungan
Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 06-7988000 Faks : 06-7988130  
 

TARIKH KEMASKINI: RABU | 22 MEI 2018 | 9:00 PAGI