Nilai, 2 Mei 2018 – Unit Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Slot Khas TOT (Train Of trainer) Kursus Kepimpinan Berpandukan Qalbu bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak bertempat di Aras 3, Dewan Senat, Bangunan Canselori USIM. Majlis ini merupakan kesinambungan daripada Kursus TOT (Train Of Trainer) yang telah diadakan pada 23 hingga 25 Mac 2018 bertempat di Kinrara Resort Puchong, Selangor. Peserta yang telah menghadiri Kursus TOT adalah terdiri daripada gabungan staf akademik dan staf pentadbiran (Pengurusan dan Profesional & Kumpulan Pelaksana).