Mesyuarat Pembukaan Audit Kualiti Dalaman Jabatan Pendaftar

13 Disember 2017 - Mesyuarat Pembukaan Audit Kualiti Dalaman yang dipengerusikan oleh Tuan Pendaftar menandakan bermulalah sesi Audit Dalaman di Jabatan Pendaftar. Kumpulan auditor yang diketuai oleh Puan Arhaida Abdul Rahman dan dibantu oleh 3 orang auditor termasuk auditor Syariah akan memperkemaskan SOP Jabatan Pendaftar dengan tujuan untuk menambah baik dan memantapkan lagi pengurusan Sumber Manusia di Universiti Sains Islam Malaysia. Bertepatan dengan hadis di bawah, semoga perjalanan Audit Dalam Jabatan Pendaftar berjalan dengan baik dan mendapat keberkatan dariNya.

“sebaik-baik pekerjaan ialah usahanya seseorang pekerja apabila ia berbuat sebaik-baiknya” (Hadis Riwayat Ahmad)

Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 06-7988000 Faks : 06-7988130  
 

TARIKH KEMASKINI: RABU | 22 MEI 2018 | 9:00 PAGI