Majlis Penyerahan Watikah Kenaikan Pangkat Jawatan Pentadbiran

Majlis penyampaian watikah kenaikan pangkat kepada staf yang telah diperakukan kenaikan pangkat berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat Jawatan Pentadbiran (Kumpulan P&P) serta Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat Jawatan Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) telah diadakan pada 27 Oktober 2017.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM dan turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Ir Daim Saian (Pengarah Pembangunan, JPPF) dan Encik Jasmin Jaimon (Ketua Pustakawan, Jabatan Perpustakaan) serta pegawai-pegawai di Bahagian Sumber Manusia. Seramai 14 orang staf daripada pelbagai skim perkhidmatan telah diraikan pada majlis tersebut.

Tuan Pendaftar menerusi ucapannya turut mengingatkan supaya staf-staf yang dinaikkan pangkat supaya sentiasa mengekalkan prestasi terbaik yang telah ditunjukkan supaya menjadi contoh kepada staf yang lain. Selain daripada itu, beliau turut menasihati staf supaya sentiasa menerapkan elemen iNAQ dalam diri daripada sikap lupa diri dan sombong. Setiap kejayaan yang dinikmati bukan sahaja atas usaha yang diberikan malahan kenikmatan yang diperolehi segalanya daripada Yang Maha Esa.

Berikut merupakan staf yang telah menerima watikah kenaikan pangkat dalam majlis tersebut:

BIL

NO. STAF

NAMA

JAWATAN

1.

S31

Puan Nooraini A. Manan

Pegawai Teknologi Maklumat F48

2. 

S1329

Puan Masna Hamidun

Pegawai Tadbir Kanan N44

3. 

S1337

Puan Siti Noor Izyani Zalilah Sulaiman

Pegawai Tadbir Kanan N44

4. 

S540

Puan Marfizah Md Zin

Pembantu Pustakawan Kanan N44

5. 

S330

Puan Noor Azren Abd Malek

Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP)

6. 

S340

Puan Noorfadhilah Mohd Mujiano

Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP)

7. 

S341

Cik Rozita Yasin

Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP)

8. 

S344

Puan Fatimah Hanum Samsuri

Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP)

9. 

S346

Puan Siti Hajar Ramli

Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP)

10. 

S162

Encik Zulkiflee Abd Razak

Penyelia Asrama Gred N22

11. 

S768

Puan Faridah Ibrahim

Pembantu Tadbir (P/O) N22

12. 

S1013

Encik Mohd Hilmi Daud

Pembantu Tadbir (P/O) N22

13. 

S521

Encik Kamarulsham A Rahman

Pengawal Keselamatan KP14

14. 

S287

Faidzil Redzuan

Pembantu Awam H14

 

 

 

 

Disediakan oleh Encik Muhammad Hekal Abdul Wahid, PTK, Bahagian Sumber Manusia

Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 06-7988000 Faks : 06-7988130  
 

TARIKH KEMASKINI: RABU | 22 MEI 2018 | 9:00 PAGI